CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Projek Kasih Di Pentas Tersorok

9-9-2013 03:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5197| Komen: 40


Aksi pasangan kekasih ketika diserbu anggota polis yang dirakamkan penduduk.


KUALA PILAH – Sebuah pentas tersorok bersebelahan Dewan Datuk Bahaman Shamsudin, di sini, dijadikan 'port' pasangan remaja melakukan aktiviti kurang sopan.
        
Lokasi yang terletak berhampiran gelanggang bola keranjang itu didakwa penduduk sering menjadi tumpuan remaja melepak yang boleh mengundang gejala tidak sihat.
        
Malah, dalam kes terbaru, sepasang kasih tidak segan silu bermadu kasih sebelum sepasukan anggota polis tiba dan membuat pemeriksaan.
        
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim berkata, polis melakukan pemeriksaan berkenaan selepas menerima aduan orang ramai berhubung pasangan yang menjadikan pentas berkenaan untuk kegiatan tidak bermoral.
        

"Pasangan itu diperiksa dan diberikan nasihat sebelum anggota bertugas meminta mereka beredar dari tempat berkenaan," katanya di sini, semalam.
        
Azmi berkata, berdasarkan aduan orang ramai itu, polis juga akan mengadakan operasi bersama Pejabat Agama Islam Kuala Pilah bagi memantau kawasan berkenaan.
        
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan pentas berkenaan memang lokasi melepak golongan remaja.
        
Peniaga sebuah kedai runcit, Maisuri Abd Rashid, 45, tindakan remaja melakukan maksiat di kawasan itu perlu dibendung, lebih-lebih lagi ia bersebelahan dengan perumahan Taman Pilah Perdana.
        
"Saya harap selepas ini pihak berkenaan dapat membuat rondaan di kawasan ini bagi mengelakkan perkara sebegini berterusan," katanya.
        
Bagi Mohd Qayyum Abdul Jalil, 23, pula berkata, pentas berkenaan sememangnya terlindung daripada rimbunan pokok dan agak sunyi memudahkan remaja melakukan maksiat.
        
Dalam pada itu, Pegawai Daerah Kuala Pilah, Zulkifli Baharan berkata, kawasan pentas berkenaan di bawah penguasaan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP).
        
"Bagi mengelakkan masalah ini, MDKP akan memasang lampu di kawasan itu di mana sebelum ini ia agak gelap.
        
"Selain itu, kami juga akan berbincang dengan pihak penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berhubung masalah tersebut," katanya.
        
Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kuala Pilah/Jempol, Khalid Ujang pula meminta jabatan dan agensi kerajaan menganjurkan aktiviti berfaedah terutama untuk belia di sini supaya kawasan ini menjadi tumpuan ramai serta tidak lagi sunyi.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote snipersnake 9-9-2013 11:20 AM
ini salah Metallica!
Quote deecokelat 9-9-2013 11:59 AM
remaja ke tu? mcm bukan jer...
Quote batmana 9-9-2013 12:05 PM
letak aja anjing jaga situ..

bagi dorg sentuh anjing haram, tapi wat skandal tk haram...
Quote PenjualAPAD 9-9-2013 12:06 PM
remaja hape macam makcik ja aku tengok
Quote PostBanhammer 9-9-2013 12:11 PM
Aku lagi la, nampak mcm jatey dengan jatey je?
Quote asher 9-9-2013 12:13 PM
apa nk jadi org mesia nie..mengesek di mana saja..
Quote nurfariezza 9-9-2013 12:13 PM
PenjualAPAD posted on 9-9-2013 12:06 PM
remaja hape macam makcik ja aku tengok

kann...mcm m.cik2 je...
owh..mgkin andartu..
Quote wanchik 9-9-2013 12:16 PM
PostBanhammer posted on 9-9-2013 12:11 PM
Aku lagi la, nampak mcm jatey dengan jatey je?

aku pong!!
Quote PenjualAPAD 9-9-2013 12:17 PM
nurfariezza posted on 9-9-2013 12:13 PM
kann...mcm m.cik2 je...
owh..mgkin andartu..

andartu xpe, kita paham,
jangan bini orang sudaaa
Quote gaara_X 9-9-2013 12:22 PM
cam tak clear je line tue....hhehehehehee
Quote nurfariezza 9-9-2013 12:26 PM
PenjualAPAD posted on 9-9-2013 12:17 PM
andartu xpe, kita paham,
jangan bini orang sudaaa

hahaha...mcm perli sum1 je...huhuh
Quote PenjualAPAD 9-9-2013 12:27 PM
Ini semua salah harga barang naik, minyak naik, kalau tak maybe diaorg leh sewa hotel murah! nie minyak ja 2.10 seliter habaq ang, belum lagi nak kena beli kondom, minyak lintah, sewa hotel! ini semua tidak adil
Quote PenjualAPAD 9-9-2013 12:28 PM
nurfariezza posted on 9-9-2013 12:26 PM
hahaha...mcm perli sum1 je...huhuh

eh honestly just sarcasm on my part, xde perli2 sesapa
Quote ad_hoc79 9-9-2013 12:30 PM
memula tgk macam 2-2 tu lelaki. bila tgk gambo bawah... o.... dia pakai baju kurung
Quote riehan 9-9-2013 12:32 PM
PenjualAPAD posted on 9-9-2013 12:27 PM
Ini semua salah harga barang naik, minyak naik, kalau tak maybe diaorg leh sewa hotel murah! nie min ...

ade kne mngena ker???erm...
Quote PenjualAPAD 9-9-2013 12:33 PM
riehan posted on 9-9-2013 12:32 PM
ade kne mngena ker???erm...

betul la! bila dah "Barang naik" jadi camni laa
tak betul ke aku kata habaq ang
Quote Modngengade 9-9-2013 12:40 PM
gambo kecik sgt...rabunlah
Quote riehan 9-9-2013 12:44 PM
PenjualAPAD posted on 9-9-2013 12:33 PM
betul la! bila dah "Barang naik" jadi camni laa
tak betul ke aku kata habaq ang

aiyo..'brang' lain pun naik ker..wkakaka
Quote PenjualAPAD 9-9-2013 12:47 PM
riehan posted on 9-9-2013 12:44 PM
aiyo..'brang' lain pun naik ker..wkakaka

baru ang tau, kalau barang tak naik xdenyer buat perkara camtu

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.086242 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top