"Cara terbaik adalah potong elaun mereka dan siarkan nama anggota yang malas hadir dalam akhbar atau media sosial."
Tan Sri Dr Rais Yatim menerusi akaun Twitternya mencadangkan agar elaun Ahli Parlimen yang 'liat' hadir ke Persidangan Dewan Rakyat dipotong mengikut kadar Jawatankuasa Pilihan Dewan. Rais mencadangkan perkara itu susulan keputusan Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengarahkan Persidangan Dewan Rakyat selepas waktu makan tengah hari ditangguhkan selama 10 minit kerana tidak cukup korum. Memetik BH Online, beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bagaimanapun mendakwa mereka berada di dalam bangunan Dewan Rakyat tetapi tidak tahu persidangan terpaksa ditangguhkan selama 10 minit kerana ahli tidak mencukupi.
"Saya tidak tahu pula waktu itu tidak cukup korum sehingga loceng kedua dibunyikan dan saya terus bergegas memasuki dewan," kata Datuk Azizah Mohd Dun (BN-UMNO Beaufort) yang menjelaskan beliau sedang bersiap untuk memulakan sesi sidang sebelah petang sebaik sahaja loceng pertama dibunyikan. Sementara itu, Datuk Johari Abdul (PH-PKR Sungai Petani) berkata, mereka terdengar loceng kedua dibunyikan ketika sedang mengadakan taklimat ringkas pada waktu rehat sebelum bergegas menuju ke dewan yang mungkin mengambil masa kira-kira enam minit. Manakala, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-UMNO Rembau) mengakui tiada ketika persidangan berlangsung. "Malangnya saya pun tiada waktu itu jadi saya rasa semua kita perlu lebih beringat lepas ini," katanya. Sementara itu, Astro AWANI melaporkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub bersetuju dengan cadangan berkenaan. "Itu saya setuju, jika betul tanpa sebab kukuh saya rasa munasabah untuk parti mereka sendiri ambil tindakan. Kalau ada perancangan pemotongan elaun itu terpulang kepada peraturan Parlimen," katanya. Bagaimanapun, Salahuddin menegaskan keadilan perlu diutamakan sebelum hukuman dijatuhkan. "Jangan hanya keluar gambar Dewan (Rakyat) kosong, kita terus buat kesimpulan tetapi berilah peluang kepada mereka untuk menjelaskan mengapa mereka tak hadir. Dalam masa dua tahun ini mungkin kita boleh mengukur siapa yang sengaja tidak hadir, dari situ kita boleh ambil tindakan," tegasnya. - CARI
|
21
Bagus |
15
Marah |
19
Terkejut |
18
Sedih |
22
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT