CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Macam Adik Beradik" - Netizen Puji Anak Bekas PM Dan Syed Saddiq

24-7-2018 01:56 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 6911| Komen: 12|Original author: Oleh: Whitney


Mempunyai perbezaan pendapat dalam pelbagai hal adalah perkara biasa dalam kehidupan kita. Begitu juga dengan perbezaan fahaman politik yang ada di negara kita. Ia menunjukkan kebolehan masyarakat untuk berfikir serta menilai sesuatu dalam usaha mencari keputusan terbaik untuk diri dan masyarakat. Jadi, ianya tidak salah malah setiap orang perlu berlapang dada menerima pendapat orang lain bagi kebaikan semua. 

Anak bekas Perdana Menteri Malaysia, Ashman Najib telah memuat naik status dan gambarnya bersama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq di akaun Instagramnya. Dalam status tersebut, dia melahirkan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan Syed Saddiq walaupun mereka berlainan fahaman politik. 



Rata-rata netizen memuji sikap Ashman dan juga Syed Saddiq. Ia wajar dijadikan contoh agar golongan pemimpin dan ahli politik negara ini lebih dihormati. 


Ramai netizen melahirkan rasa gembira dan bangga dengan sikap Ashman dan Syed Saddiq kerana mereka mengamalkan politik yang matang. Masing-masing berfikiran terbuka dan mementingkan nilai persaudaraan sesama Islam. 


Tidak kurang juga, ada netizen yang mengatakan wajah mereka seakan serupa dan dilihat seperti adik-beradik. Ada juga netizen yang cuba membandingkan ketampanan mereka berdua. Rasa seperti tidak patut pula kan?


Semoga masyarakat kita hari ini turut mengamalkan sikap saling menghormati antara satu lain dan mengenepikan masalah perbezaan fahaman politik yang boleh memecah belahkan persaudaraan. Menjaga hubungan antara satu sama lain dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. - CARI 

17

Bagus
12

Marah
14

Terkejut
34

Sedih
18

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haiku 24-7-2018 02:02 PM
Pemimpin politik & family members okay saja.
Anak bertemu jodoh & buat business bersama.
Di Parlimen duduk sembang gelak tawa.
Penyokog yang taksub dgn politik saja yang over.
Quote Themilo 24-7-2018 02:12 PM
the 1st comment said, "macam tu la ashman, yada yada yada.."

macam ashman yang duk cari gaduh dengan SS.  

tak kisah la, either ashman or SS yang tegur sesama mereka, doesn't really matters..
Quote MadameOnion 24-7-2018 02:29 PM
habis tu pengkomen2 instagram ni expect depa nak bertumbuk,bergasak, wrestling bagai ke? aduhaiiii
Quote viper_2803 24-7-2018 02:32 PM
syabas,...
Quote kucingitam 24-7-2018 03:39 PM
dorang ok2 je..pengikut je yang gaduh sana sini...najib aman2 je celebrate birthday dgn kak mah semalam...ahahah
Quote missbelladania 24-7-2018 04:08 PM
haiku: Pemimpin politik & family members okay saja.Anak bertemu jodoh & buat business bersama.Di Parlimen duduk sembang gelak tawa.Penyokog yang taksub d ...


Betul sangat...

Diorg ok2 je sebenarnya yang emo lebih ialah si pentaksub...



Quote seri_mawr 24-7-2018 04:45 PM
haiku replied at 24-7-2018 02:02 PM
Pemimpin politik & family members okay saja.
Anak bertemu jodoh & buat business bersama.
Di Parlim ...

agreeddd,.......
Quote helicornia 25-7-2018 07:39 AM
haiku: Pemimpin politik & family members okay saja.Anak bertemu jodoh & buat business bersama.Di Parlimen duduk sembang gelak tawa.Penyokog yang taksub d ...

betul sangat..kalau sapa penah masuk parlimen tau la macamana dorang kat lounge parlimen tu
Quote pinkpunk 25-7-2018 11:01 AM
luas dah padang gol ashman. xlama lg jadi mcm bapak dia..
Quote haryatie 25-7-2018 01:43 PM
bagusss di aorg
yg pelik org lain pulak yg meroyan, terpekik terlolong macam hilang akal..
Quote nh1129 25-7-2018 02:26 PM
Betul2...diorang sesama sendiri bole borak2 bertepuk tampar gitu...rakyat marhaen yg over taksub nak bergaduh smp putus saudara
Quote HannahMontana 5-8-2018 05:28 PM
Tolong siapa2 pantau  budak saddiq ni


Jgn jadi  bodoh lah bebraik2 dgn  musuh dan keturunan nya.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.035926 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top