CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rosmah Mansor Nafi Beli Barangan Kemas Yang Dihantar Syarikat Lubnan

24-7-2018 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3296| Komen: 14


26 Jun lepas, Global Royalty Trading SAL memfailkan saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor bagi menuntut beliau memulangkan kembali 44 barangan kemas yang didakwa dihantar kepadanya.


Difahamkan jumlah nilai barang kemas tersebut adalah sebanyak US$14.79 juta atau hampir RM60 juta.

Foto Kredit : http://kucinghitamm.com

Memetik laporan Astro Awani, dakwaan syarikat pemborong barang kemas Lubnan itu dinafikan oleh isteri bekas perdana menteri itu dalam pernyataan pembelaan yang difailkan menerusi firma guaman Messrs Geethan Ram di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur semalam.

Menurut siaran akhbar firma guaman itu, barang kemas itu dihantar kepada Rosmah untuk dipilih atas sifat beliau sebagai isteri Perdana Menteri Malaysia yang merupakan kehendak dan kerelaan plaintif sendiri dan tanpa sebarang kewajipan bagi Rosmah untuk membelinya.


"Anak guam kami tidak membeli mana-mana barang kemas yang menjadi perkara utama dalam saman tersebut. Oleh itu, hak milik sah barang kemas itu tidak pernah berpindah kepada anak guam kami."

Tegas firma guaman itu, saman yang difailkan oleh Global Royalty selaku plaintif telah melanggar peruntukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan  Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

 "Apabila tiba masanya, akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk membatalkan saman berkenaan."

Datin Seri Rosmah diwakili peguam Datuk K. Kumaraendran, Rajivan Nambiar, Reza Rahim, Lavania Raja dan Revin Kumar.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan 27 Julai untuk pengurusan kes dan mengarahkan Rosmah supaya memfailkan pernyataan tuntutannya sebelum 23 Julai.-CARI
17

Bagus
36

Marah
26

Terkejut
49

Sedih
31

Lawak
35

Bosan

Friends Rank (194 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote susukambingbest 23-7-2018 03:54 PM
nmpk dah gemok smula acik elly suriati tu. dlu sheol dah kurus sbb marah org pnggil sheol acik kan. acik mah nmpk kurus ckt. mgkin kurg slera mkn mmikirkn nasib hidup brgkali
Quote sinalegna 23-7-2018 03:54 PM
Kepamnye.. sekian
Quote dubuk 23-7-2018 04:01 PM
yang kanan berbedak putih melepak
Quote takayama 23-7-2018 04:04 PM
elly suriaty tu makin besar lg
dulu bkn dia marah ke klu org panggil dia makcik
Quote sukacactus 23-7-2018 04:06 PM
Rossy susut merindukan koleksi handbag
Quote sepiITUindah 23-7-2018 04:09 PM
a'ahh ler kak ros makin kurus
tak perlu kuputeh pamoga bagai
Quote surwanis 23-7-2018 04:10 PM
kurus semulajadi hokeh hakak mah
Quote EvieWanKenobi 23-7-2018 05:04 PM
apa kaitan retis tu dengan Rosmah?
Quote laksmanabentan 23-7-2018 05:11 PM
EvieWanKenobi replied at 23-7-2018 05:04 PM
apa kaitan retis tu dengan Rosmah?

retis tu tgh tunggu kek tu tak uoollss....
jeling mcm sedap jer kek tu...
hahaha...
Quote Arry 23-7-2018 05:23 PM
kenapa ellie suryatie tetiba menonjolkan diri kengkonon rapat dgn kakmah... dolu@ takda pun
Quote jaja8 24-7-2018 01:41 PM
gigih la retis yg masih membontoti diaorang ni...nak ape sebenarnye
Quote Orix 24-7-2018 01:48 PM
Awat iols x nmpak apa2 gmbar yg uols duk cakap kan ni?
Quote giyomi 24-7-2018 07:53 PM
yg aku nampak cuma witch berlatarbelakangkan barang kemas...tak nmpk lak ros atau elie
Quote penutuphijau 24-7-2018 09:50 PM
Dah delete ke pic or videonye tu..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.055692 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top