Melihat keindahan alam yang dicipta Allah adalah satu terapi untuk kita mencari ketenangan dan juga melapangkan minda. Sebenarnya mendekatkan diri dengan alam mengandungi kelebihan yang tersendiri.
Antara aktiviti yang popular untuk menikmati keindahan alam ialah dengan melihat bintang-bintang yang bertaburan di langit di waktu malam. Atau dalam istilah lain dipanggil 'Stargazing'. Sebenarnya melihat menikmati keindahan bintang yang bertaburan dilangit boleh dilakukan di mana-mana yang anda suka. Hanya pandang ke langit pada waktu yang cerah dan lihatlah bintang-bintang yang ada. Tetapi, tahukah anda aktiviti stargazing ini agak popular di Gunung Chemerung-Berembun-Langsir Terengganu. Ramai pendaki yang datang ke sini untuk melihat dan menikmati sendiri keindahan langit malam dari puncak gunung ini. Untuk melihat bintang dari gunung ini, anda perlu mendaki ke puncak.
Selain aktiviti melihat bintang, di sepanjang track pendakian, anda boleh melihat air terjun dan banyak kolam-kolam air semulajadi yang cantik dan sangat jernih airnya. Biasanya sesiapa yang hendak mendaki, pendakian bermula waktu tengahari dan anda akan sampai di puncak waktu malam untuk melihat bintang-bintang yang ada. Terdapat juga tapak-tapak khemah untuk anda berkhemah di sana. Buat kaki panjat gunung tu jangan lupa jadikan Gunung Chemerung-Berembun-Langsir Terengganu sebagai list gunung untuk anda tawan.- CARI |
31
Bagus |
19
Marah |
24
Terkejut |
22
Sedih |
6
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT