CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Motif Bagi Bas Hello Kitty Pada Team Malaysia?" - Netizen Kecam 'Permainan Minda' Indonesia

19-7-2018 11:10 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 5846| Komen: 16|Original author: Oleh: Whitney


Malaysia dan Indonesia dikenali dengan gelaran negara serumpun kerana  memiliki banyak persamaan dari segi budaya, sejarah, keagamaan termasuk keturunan yang sama. Bagaimanapun, hubungan antara rakyat Malaysia dengan Indonesia kadang kala mengalami ketegangan berhubung pelbagai isu lebih-lebih lagi apabila ia dilihat secara emosional. 

Baru-baru ini, semasa perlawanan bola sepak Piala AFF B19 di Indonesia, pasukan bola sepak Malaysia disambut dengan bas bermotifkan ‘Hello Kitty’ sebaik sahaja mereka tiba di lapangan terbang Surabaya. Ia berbeza dengan pasukan bola sepak lain yang disediakan bas dengan logo kelab bola antarabangsa seperti Real Madrid. 

Seorang pengguna twitter memuat naik status menyindir perbuatan pihak Indonesia yang menyediakan bas ‘Hello Kitty' kepada skuad negara ini. Baginya, ia merupakan ‘permainan mental’ yang sengaja diberikan kepada pemain-pemain Malaysia sebaik mereka tiba di negara itu. 



Tak ada bas motif lain ke selain Hello Kitty?
Walaupun ia bukanlah sesuatu yang wajar dilihat secara serius, tetapi rata-rata netizen berasa tidak berpuas hati dan marah dengan layanan yang diberikan oleh pihak Indonesia kepada skuad negara. Ramai yang beranggapan ia adalah provokasi untuk ditertawakan oleh penyokong Indonesia. Ia juga sedikit sebanyak mengusik emosi pemain-pemain negara ini dan bimbang akan menjejaskan mutu permainan. 

Skuad Malaysia tetap boleh menang!
Bagaimana pun, netizen bangga dengan sikap positif pemain-pemain Malaysia yang langsung tidak terjejas dengan cara layanan pihak Indonesia terhadap mereka sepanjang mereka berada di sana. Mereka berjaya meraih kemenangan dalam kejohanan tersebut.  


Konon nak balas dendam
Malah, yang lucunya, ada netizen yang mencadangkan agar suatu hari nanti Malaysia menyediakan bas bermotif ‘Didi and Friends’ pula kepada skuad negara Indonesia jika mereka datang ke sini. 


Apa-apa pun, sikap pemain-pemain bola sepak negara kita wajar dipuji kerana bersikap professional dan mempunyai mental yang kuat serta mempunyai semangat kesukanan yang tinggi. Mereka langsung tidak menunjukkan tanda protes atau menimbulkan hura-hara sepanjang berada di sana. Jadi, memang layaklah skuad negara menang dalam kejohanan tersebut. - CARI 

6

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
12

Sedih
15

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LostStar 19-7-2018 11:41 AM
lepas ni, kalau yindon mari sini.. bagi dorg bus kilang. sesuwai dgn muke dorg.
Quote Artemesiaa 19-7-2018 11:46 AM
Bagus para pemain sentiasa berfikiran positif anggap je Hello Kitty tu cam Hello Rimau tak perlu nak sentap
Quote aku_best 19-7-2018 12:22 PM
LostStar replied at 19-7-2018 11:41 AM
lepas ni, kalau yindon mari sini.. bagi dorg bus kilang. sesuwai dgn muke dorg.

Haha..win sungguh statemen ni...nak lagi ganas.kita bagi je bas sekolah...kihkih
Quote fushimi 19-7-2018 02:09 PM
kalau gah bergaruda tapi kalah buta apa

dasar indon totok manuskrip kuno

Quote BoongaKertas 19-7-2018 02:46 PM
LostStar replied at 19-7-2018 11:41 AM
lepas ni, kalau yindon mari sini.. bagi dorg bus kilang. sesuwai dgn muke dorg.

hahahaha! tergelak iols!
Quote BoongaKertas 19-7-2018 02:47 PM
fushimi replied at 19-7-2018 02:09 PM
kalau gah bergaruda tapi kalah buta apa

dasar indon totok manuskrip kuno

sabo kaka sabo. YB izzah pun mrh bebenor nampaknya team kita diperkotak katikkan. siap kena serang sbb msia menang. hahaha! kita gelak jer lah deme kaka
Quote krustykrab 19-7-2018 02:50 PM
LostStar replied at 19-7-2018 11:41 AM
lepas ni, kalau yindon mari sini.. bagi dorg bus kilang. sesuwai dgn muke dorg.

ehhhh jangan, bas kilang tu ok lagi, bagi je van yg utk pekerja cleaner tu, yang mcm ni

maideasy.jpg

Quote pokaibanktokyo 19-7-2018 02:52 PM
Comey je hello kitty punya bas. Tak kisah lah  apa motif. Asalkan tak main bola macam indon negara bapok sudah le
Quote gerbera.memopad 19-7-2018 03:32 PM
Aku rasa benda kecik je ni. Kalau semua nak butthurt, apa beza kita dgn dorang?
Quote syahoney 19-7-2018 03:40 PM
ok what hello kitty?
jgn under estimate.....
Quote nakkomenjugak 19-7-2018 03:55 PM
hello kittyyy je. pedehalll.... menang gak kitaaa ye dok? diorang mengamuk macam hape, kita watlek watpeace jela. hahah komen korang ni buat rambut palsu aku tercabut.
Quote buapakperut 19-7-2018 04:01 PM
pendapat iols elok la hello kiti dari indon kiti
Quote pokaibanktokyo 20-7-2018 08:02 AM
Gigih lekat logo Real madrid kat bas. Dasar bangsa babu
Quote mieymiey 20-7-2018 09:54 AM
buapakperut replied at 19-7-2018 04:01 PM
pendapat iols elok la hello kiti dari indon kiti

HAHAHAHAHA. Binatang apa ni? Badan lain, kepala lain?
Quote Dragonkings 20-7-2018 09:57 AM
Mentality kita yg ptt diperbetulkan.....ada apa dgn bertampal sticker hello kitty.....?tidak perlu dijadikan isu.....
Quote misscendol 20-7-2018 10:55 AM
so cute this van...........

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.101589 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top