Tindakan Ramkarpal Singh yang angkuh dan tidak mahu menarik balik tuduhan 'samseng' terhadap Pemuda UMNO membuktikan beliau tidak menghormati institusi Parlimen dan kedudukan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd. Shahar Abdullah berkata sikap tersebut melambangkan mentaliti dan tahap kematangan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu yang masih gagal membuang sikap pembangkang dalam dirinya. “Sebagai Ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat dalam terma ‘Malaysia Baharu’ yang mereka sendiri ciptakan, ketinggian moral dan nilai adab sepatutnya menjadi keutamaan dalam perbahasan, sementelah Parlimen adalah institusi yang penuh istiadat dan protokol, perjalanannya mestilah sentiasa disantuni dengan moral dan tatasusila yang tinggi.
“Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof atas ketegasan beliau dalam mengendalikan sidang dengan penuh profesional dan mengambil tindakan terhadap Ramkarpal, ini penting bagi memastikan Ahli-ahli Dewan yang lain sentiasa menghormati persidangan yang sedang berlangsung." Ramkarpal diarahkan untuk meninggalkan sidang Dewan Rakyat ekoran keengganannya untuk menarik balik perkataan 'samseng' yang dilemparkan terhadap Pemuda UMNO yang didakwa menyerang bapanya, mendiang Karpal Singh di pekarangan Parlimen beberapa tahun lalu. -CARI
|
18
Bagus |
11
Marah |
18
Terkejut |
22
Sedih |
10
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT