Pegawai khas atau pembantu peribadi Syed Saddiq didakwa bertindak tidak sopan terhadap pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) ketika acara Pertarungan Juara-Juara yang berlangsung Sabtu lalu.
mStar Online melaporkan, isu ini dibangkitkan oleh seorang pegawai yang bertugas di bahagian protokol ketika pertandingan itu, di mana dia meminta Syed Saddiq agar menghantar pembantunya yang dikenali sebagai Hidayah itu ke kelas komunikasi. Che Wan Sofiatul Shima Wan Chik membuat permintaan tersebut melalui status di Twitter. Menurutnya, Hidayah cuba menerjah masuk ke 'Royal Box' yang terhad kepada tetamu kehormat tanpa memakai pas. 'Royal Box' adalah ruang yang menempatkan tetamu kehormat, dibarisi oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Filipina Rodrigo Duterte, Syed Saddiq, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan pegawai tertinggi Filipina bagi menyaksikan pertandingan berkenaan.
Hidayah didakwa membalas pertanyaan pegawai seksyen istiadat dan protokol jabatan berkenaan yang ingin mengetahui tujuannya masuk ke Royal Box dengan biadab. Jelas Che Wan Sofiatul Shima, "Pegawai tersebut adalah orang nombor dua terpenting di seksyen istiadat, tetapi pembantu Syed Saddiq menjawab soalan beliau dengan kasar. "Dia membuat ekspresi tidak senang dan berkata 'such a mess' (menyusahkan sahaja) kepada pegawai berkenaan. "Apa yang lebih mengecewakan, pegawainya memberitahu orang lain bahawa pihak kami yang bersikap kurang ajar terhadapnya, walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya." Sementara itu beberapa wartawan juga ada berkongsi pengalaman buruk mereka semasa berurusan dengan Hidayah. Melalui Twitter juga, Hidayah ada memberi komen balas dengan menyatakan, "Sebagai seorang pegawai, saya tahu saya perlu ada hubungan baik dengan media, tapi saya tidak boleh tolak ansur dengan media yang tiada rasa hormat kepada orang lain." -CARI |
9
Bagus |
11
Marah |
15
Terkejut |
9
Sedih |
16
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jcopy replied at 18-7-2018 05:48 PM
kurang ajar punya pegawai PH
baru dapat pangkat dah besar kepala
kucen_miang replied at 18-7-2018 06:21 PM
dah pa menteri tadika.perangai pun ala2 tak abis skolah....tun det, sila skolahkan kedua2nya.
ADVERTISEMENT