"Ahli-ahli yang berhormat, sila duduk dan jangan lari." Titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada sesi persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang berlangsung pada Selasa telah mencetuskan suasana gamat di Dewan Rakyat.
mStar Online menyatakan teguran Agong itu mengejutkan semua pihak, dengan masing-masing tidak kering gusi melihat gelagat baginda. Selepas baginda diumumkan untuk keluar dewan, rata-rata Ahli Parlimen PH secara berseloroh menjerit "jangan lari" sambil disusuli gelak tawa.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama beberapa anggota Barisan Nasional (BN) serta PAS bertindak keluar dari Dewan Rakyat sebagai tanda bantahan dan menolak proses pelantikan Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu. Namun Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Anifah Aman dilihat kekal idak berganjak dari kerusi mereka. Terdahulu, Baginda berkenan merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang cukup signifikan kerana buat pertama kalinya Malaysia dipimpin kerajaan baharu, Pakatan Harapan. Ia juga merupakan kali kedua Yang di-Pertuan Agong merasmikan istiadat pembukaan penggal Parlimen dalam tahun sama. -CARI
|
21
Bagus |
13
Marah |
18
Terkejut |
16
Sedih |
20
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
she replied at 17-7-2018 12:09 PM
Tapi kenapa pembangkang yang lari semalam ikut ketawa riang ria
Macam tak terasa pon
she replied at 17-7-2018 12:09 PM
Tapi kenapa pembangkang yang lari semalam ikut ketawa riang ria
Macam tak terasa pon
finesse replied at 17-7-2018 12:16 PM
Itulah yang pelik sis....
Dia pulak yg gigih ketawa...
ADVERTISEMENT