Bahang Piala Dunia FIFA 2018 telah pun berakhir dengan Perancis dinobatkan sebagai juara. Sempena kemenangan itu, ada yang meminta agar rakyat negara itu membuka mata dan mengubah sikap rasis mereka terhadap bangsa Afrika dan juga penganut Islam.
Perkara tersebut turut menarik perhatian selebriti chef iaitu Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail yang turut mengakui sikap rasis kebanyakan rakyat negara romantis itu. Menerusi akaun Instagram miliknya, Chef Wan berkongsi pendapat dan pandangannya mengenai rakyat negara itu. Perasan bagus dan selalu pandang rendah pada orang lain.. Boleh hidu sikap rasis mereka walaupun dari jauh.. Jangan amalkan sikap rasis di Malaysia... Seperti biasa 'bebelan' Chef Wan tersebut mendapat pelbagai reaksi yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya terutama sekali berkaitan dengan sikap rakyat Malaysia yang turut mengamalkan sikap rasis terhadap warga asing. Namun, tidak semua bersetuju apabila Chef Wan mengatakan rakyat Perancis bersikap rasis. Seorang individu dilihat membidas kenyataan tersebut dan meminta agar Chef Wan pergi ke kawasan perkampungan untuk melihat kebaikan rakyat Perancis sendiri. Kebanyakan rakyat mereka baik.. mungkin segelintir sahaja yang bersikap sedemikian.. Bagaimanapun, Chef Wan turut membalas komen individu terbabit dan menyatakan bahawa apa yang diluahkannya adalah berdasarkan pengalamannya bekerja dan melancong ke seluruh dunia selama 27 tahun bekerja sebagai chef selebriti. Pastinya setiap orang ada pendapat dan pengalaman yang berbeza. Apa pun perkara ini sewajarnya diambil perhatian kerana kita sendiri mungkin tanpa sedar ada juga mengamalkan sikap rasis terutama sekali terhadap warga asing yang bekerja di negara kita. -CARI
|
17
Bagus |
16
Marah |
10
Terkejut |
5
Sedih |
10
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shernazz replied at 17-7-2018 12:16 PM
Ape pung..masakan dlm buku resipi dia sedap okeh
becir replied at 17-7-2018 12:22 PM
I pernah try sekali je resipi asam laksa dia, mmg terangkat ok..terus rasa diri ni pandai gila mas ...
she replied at 17-7-2018 12:23 PM
Tapi mmg ramai racist pun kt sana
Iols masa peknen terkedek2 jalan kt taman tetibe ada sekelompok ...
UK kurang sket racist...Canada adalah yang terbaik untuk menetap
she replied at 17-7-2018 12:23 PM
Tapi mmg ramai racist pun kt sana
Iols masa peknen terkedek2 jalan kt taman tetibe ada sekelompok ...
ashcroft86 replied at 18-7-2018 02:33 AM
French are snobbish. That's for sure. Even french yg kat Quebec pon racist, ni my friend yg Canadian ...
ADVERTISEMENT