CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Adik Sorang Ke? Kesian Makcik Tengok Makan Sorang" - Lelaki Ini Sentap Kena Tegur

17-7-2018 10:43 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 12049| Komen: 90|Original author: Oleh: Whitney

Gambar sekadar hiasan
Bagi sesetengah orang, melakukan sesuatu aktiviti atau makan bersendirian di tempat awam adalah suatu perkara yang memang disukai dan disengajakan. Tetapi, ada orang yang melihat perkara tersebut dari sudut yang negatif iaitu melihat dengan rasa kesian. Pelbagai anggapan yang diberikan oleh sesetengah orang apabila melihat seseorang itu sedang membuat sesuatu seorang diri tanpa teman. 

Seorang pengguna twitter memuat naik status tentang dirinya yang ditegur oleh seorang wanita yang dipanggil makcik ketika dia sedang menikmati makanan di restoran Ikea seorang diri. Dia ditegur oleh makcik tersebut yang kesian setelah melihat dia makan seorang diri disitu. Jadi, dia berasa pelik mengapa orang lain perlu kesian sedangkan dia amat suka makan bersendirian?



Seronok apa sekali sekala makan seorang diri?

Ramai netizen yang mempunyai tabiat yang sama dengan lelaki ini yang memang suka menikmati makanan seorang diri walaupun makan di tempat awam. Mereka merasakan ia adalah perkara biasa yang tidak perlu mendapat perhatian netizen dengan perasaan kesian. 



Kenapa nak kena pandang pelik?
Ramai juga netizen yang  pernah mengalami pengalaman yang sama dengan lelaki ini. Mereka dipandang dengan pandangan yang pelik apabila sedang makan seorang diri malah ada yang dituduh sebagai ‘kera sumbang’ kerana dilihat seperti tidak suka bergaul dengan orang. 



Mungkin makcik itu sekadar bertegur sapa
Walau bagaimanapun, ada netizen yang cuba bersangka baik dengan niat dan pertanyaan makcik tersebut kepada lelaki ini. Mungkin makcik itu hanya ingin bertegur sapa kerana sikapnya yang peramah. 



Sememangnya tidak salah makan sendirian kerana ada masanya kita mengejar masa dan tidak sempat untuk makan bersama teman-teman. Lagi pun, makan sendirian kadang kala boleh memberikan ketenangan pada diri sendiri. Setuju tak? - CARI 

21

Bagus
16

Marah
14

Terkejut
21

Sedih
22

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 17-7-2018 10:49 AM
aku pun suka makn sorang2 @ buat apa2 sorang2
pe lg kalau g shopping
xde la asyik nak berjemaah jerk...
kdg rimas tengok org asyik berjemaah
nak gi toilet pun nak berjemaah...
ni suasana kat ofis aku laaa...
Quote 234126 17-7-2018 10:49 AM
Makcik tu tak tahu yang makan seorang diri itu juga salah satu nikmat yang amat2 menenangkan fikiran hehe
Quote shernazz 17-7-2018 10:53 AM
Kekadang mmg ada yang pelik
Cm mak.iols.lah...
Masa iols bujang dolu.mmg merewang sesorang hatta.ke kl pung sambil naik bas n lrt
Mak iols pelik n risau
Iols.ckp la..lagi best..cepat sket balik rumah...
Quote manehnya 17-7-2018 11:05 AM
tu tanda makcik care..

syukurlah.. knp nk buat status bagai.. sbb hidup kau agak membosankan, nk spice things up kew...

boo
Quote chinta89 17-7-2018 11:06 AM
ummah melayu penuh dengan rse kesian bila tgk org lain sorang2.

ak pun asik terkena, bila keluar lunch mmg  ak lbh suke sorang2 la sb tuntutan kerja yang tak memberikan aku utk keluar lunch selain tepat jam 1.00 ptg dan bos ak mmg nak ak berada di opis jam 2.00 ptg; tp kawan2 aku kul 12.30 dh lesap then masuk opis jam 2.30 ptg dgn lenggang kangkung sambil jinjit goreng pisang/kueh manis/cendol.. lps tu sempat duk ckp kesian kat aku sb kena mkn sorang pdhal ak ok je sedari dulu mcm tu.

korang keluar makan awal dh satu hal, melantak mcm esok dah takde hari satu hal(pastu mengeluh kenapa gemuk etc), pahtu menu semua minyak2 berlemak satu hal... tak sama tekak, susah.

dpt plk jenis lembap bila nak keluar.. 10 minit tunggu entah mana lagi korang ni. masa itu emas tahu tak?

sambil mkn duk bsembang sikit2 "laki ak kan bla bla bla" (pdhal ironinya laki korang jauh panggang dari api mcm korang cter) lps tu duk la cter psl anak ko la plg behave, setiap topik wajib psl anak ko la plg cerdikkkk, anak ko la plg cemerlang di sklh. so, topic psl laki n anak dh sejam. sampaikan org lain takde space nk mencelah psl life diorg.

kesimpulannya makan beramai2 ni kalau nak gathering sesuai lah (ini pendapat aku). if yg sibuk ngn kije mcm aku ni lbh sesuai mkn sorg. cepat siap sb btl2 fokus makan. hehe. edisi membawang pun terhad. gtuhhhh.
Quote jaja8 17-7-2018 11:10 AM
ape masalah makan sorang? lol..itu  namenye nikmati kualiti time sorang2..ramai2 kadang serabut beruk je
Quote Intanmahsuri 17-7-2018 11:39 AM
Makan sorg, tengok wayang sorg - senang gila. Especially tengok wayang, sebab indecisive, so senang tukar plan kalau p sorg..ekekekek

Quote Rainrein 17-7-2018 11:41 AM
Kata lelaki, acik tua tanya cenggitu pun nak sentap. Biasa makcik melayu nih, kepohnye terlebih. Chill chill udeh.
Quote GigaMom 17-7-2018 11:45 AM
Ai mmg x boleb mkn ramai2 bhimpit 1 meja
Dgn geng2 mulut becok
Sambil makan sambil gelak
Gerenti ada virus bterbangan dr mulut theyols menghinggapi mknn ai.erkkkkkk
Sanggup lagi ai mkn sorg2

Tp betul lah selalu ai d tegur rkn bila mkn sorg dengan nada teguran concern kesian yg hamat pada ai
Errrrr
Quote dekmieDandy 17-7-2018 11:48 AM
aku pon selalu je makan sesorang

bukan apa, malas nak kacau member2 yg dah kawen

lagipun selera aku ngan diorang x sama

tapi payah nak gi makan tempat yg memang ada set besar je mcm trendy korean food sekarang

huhu
Quote krustykrab 17-7-2018 11:53 AM
mak cik yg tegur tu agaknya dia bengang kut sbb dia dah lama berediri takde meja nak makan, ikea kan selalu penuh

tu yg mulut longkang sgt nak menghanjing org
Quote shop_girl 17-7-2018 12:00 PM
Sunfloweraidil??? Ok nextttt!!
Quote gdspls 17-7-2018 12:14 PM
cite btul ke hasanan?..
Quote mieymiey 17-7-2018 12:14 PM
Ada juga ker acik yang nak tanya soalan macamtu kat orang yang dia tak kenal? Melainkan acik tu nak suruh mamat tu cecepat blah, turn dia nak pakai meja
Quote PandaSaka 17-7-2018 12:46 PM
kadang2 sengaja duduk meja lain tak join colleagues lain. Especially pagi2 sbb tak da mood nak borak2 dan bingit2
Quote green~tea 17-7-2018 12:56 PM
kesian makcik tu.. she is just putting an effort of trying to be nice... kids nowadays need to learn how to respect older people... even older people tu tak reti bergaul or awkward dalam bergaul, introvert maybe.. but still kita try to respect lah...
Quote diss69 17-7-2018 01:09 PM
shernazz replied at 17-7-2018 10:53 AM
Kekadang mmg ada yang pelik
Cm mak.iols.lah...
Masa iols bujang dolu.mmg merewang sesorang hatta.k ...

Hihihi... Sama laa, bila ank ckp mkn sorang2 terus tnya nape xg ngn kwn2..
Quote cikrosienona 17-7-2018 01:45 PM
I lagi suka makan sorang2 and shopping sorang2..

taste kawan2 i tak sama macam I... selalu kalau i ikut kawan makan, choice dorg pilih tu i hadap je laaa

shopping better sorang2.. i nak try baju je dah berbelas2 and berjam2.. sekali try 10-20 pasang..
kalau ikut kawan..kene divide time to ikut kehendak dia jugak

umm..better not.. i want peace when I shop and indulge hehe
Quote myakayina 17-7-2018 02:01 PM
lapar plk tengok  meatball ikea tuh..

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.048994 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top