Ramai yang tahu pemberian gajet kepada kanak-kanak seawal usia 2 tahun adalah situasi yang tidak sihat. Bagaimanapun, pemberian dan penggunaan gajet seperti telefon pintar, skrin tablet bagaikan sudah menjadi kebiasaan kepada kanak-kanak bagi tujuan menarik perhatian dan melekakan mereka. Lebih-lebih lagi sesuatu yang berbentuk video. Ia sememangnya salah satu sumber hiburan dan juga informasi yang baik jika dikawal. Tetapi, ramai yang sedar bahawa kanak-kanak sentiasa terdedah dengan kandungan berbahaya ketika melayari Internet. Salah satunya ialah YouTube. Ia perlu sentiasa dikawal oleh ibu bapa agar anak-anak tidak melihat kandungan video yang tidak sepatutnya. Seorang pengguna twitter menaikkan status menceritakan kisah lucu mengenai seorang adiknya yang amat gemar melihat youtube. Adiknya yang berumur 11 tahun itu telah mengejek adiknya yang berumur 8 tahun dan didengari oleh ibu mereka. Dia dimarahi dan diberi pilihan denda sama ada ingin mengunyah 2 biji cili api atau tidak boleh melihat YouTube selama sebulan. Adiknya memilih untuk memakan cili api!
Ramai netizen yang tergelak kerana terhibur dengan pilihan adik lelaki itu yang sanggup memilih untuk mengunyah 2 biji cili api berbanding tidak boleh melihat YouTube selama sebulan. Nampaknya adik lelaki ini seorang ‘kaki YouTube’ yang tidak boleh hidup tanpa melihatnya selama sebulan. Netizen turut memuji tindakan bijak adik lelaki ini yang memilih untuk menahan kepedasan cili api yang rasanya akan hilang beberapa ketika berbanding seksanya menunggu selepas sebulan untuk kembali melihat YouTube. Budak zaman sekarang memang bijak dan ibu bapa perlu kreatif dalam mendidik anak-anak. Tidak salah untuk membenarkan anak-anak menggunakan gajet dan melayari internet kerana ia adalah salah satu bentuk hiburan dan pembelajaran tetapi mestilah sentiasa dipantau oleh ibu bapa. Setuju tak? - CARI
|
11
Bagus |
25
Marah |
20
Terkejut |
26
Sedih |
20
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT