Dengan tiba-tiba penyanyi antarabangsa, Yuna Zarai menjelaskan perihal majlis perkahwinannya yang berlangsung awal tahun ini. Yuna menjelaskannya di Twitter kerana mendakwa gambar tersebut sudah tular kerana dikatakan terlalu mengikut budaya barat. Menyatakan gambar yang bertebaran di media sosial serta isu menjemput menerusi laman sesawang hanyalah ditujukan kepada rakan-rakan rapat sahaja manakala kaum kerabatnya pula masih menggunakan medium budaya Melayu, Yuna tidak mahu netizen menjadikan ia isu besar sebaliknya mengharapkan ramai yang lebih memahami konteks situasi tersebut. Bagi mereka yang belum tahu isu ini, seorang peminat Yuna telah meletakkan beberapa keping gambar persiapan perkahwinan Yuna yang dilakukan menerusi laman sesawang khas. Laman tersebut membabitkan kad jemputan majlis, pengesahan kehadiran (RSVP), senarai hadiah yang boleh dibeli oleh tetamu menerusi Amazon serta maklumat terperinci tetamu yang akan hadir. Tujuan peminat tersebut berkongsi untuk menyatakan perasaan bangganya namun ada pula yang salah faham, hingga Yuna sendiri menjelaskannya dengan lengkap tentang hal tersebut. Begitulah, setiap pemahaman individu pastinya berbeza. Mungkin ada yang sekadar komen tanpa mengetahui cerita sebenar. Yang comelnya, Yuna turut membalas komen tersebut. Betul juga kata netizen ini. Susah kalau nak jelaskan satu persatu tapi Yuna nampaknya tetap mahukan netizen memahaminya. Selain itu, Adibah Noor turut memberi respon pada status Twitter Yuna. Itu lah, setiap orang mempunyai pendapat masing-masing kan? Jadi, sebelum menulis komen tentang sesuatu isu, rajinkan diri anda untuk membuat kajian terlebih dahulu ya. Kalau tak, malu sendiri. - CARI |
16
Bagus |
25
Marah |
8
Terkejut |
31
Sedih |
17
Lawak |
36
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hanihan16 replied at 16-7-2018 04:02 PM
dulu kawan i kawen dia letak kt blog list hadiah yg dia nak. ye lah, utk elakkan duplicate gifts & b ...
ADVERTISEMENT