Ramai yang impikan pekerjaan yang hebat dengan gaji yang besar. Tetapi, bukan semua orang mendapat peluang sebegitu. Asalkan mendapat pekerjaan yang baik dan gaji yang setimpal, itu sudah memadai bagi menampung keperluan hidup. Bagaimanapun, ada keadaan di mana pekerjaan yang sama tetapi dibayar dengan gaji yang berbeza. Sebenarnya, ia dinilai atas pelbagai faktor. Seorang pengguna twitter memuat naik status tentang beberapa perkara yang tidak sopan dilakukan berkaitan isu gaji. Bagi sesetengah netizen, isu gaji adalah perkara yang sensitif untuk dijadikan bahan perbualan. Jadi, jumlah gaji bulanan seseorang adalah rahsia dan tidak perlu diketahui umum. Poket dia koyak tu! Ramai juga netizen yang setuju dengan status dan pendapat lelaki ini. Mereka tidak suka orang mengambil tahu hal berkaitan gaji mereka malah sibuk memberitahu berapa pendapatan gaji orang. Lebih baik menjaga hal sendiri kerana keperluan bajet setiap orang tidak sama. Tidak salah pun lah! Tetapi, netizen ini tidak kisah pula apabila orang bertanyakan tentang gaji dan merasakan ia adalah perkara normal. Bagi orang yang berfikiran terbuka sebegini, mereka berpendapat tidak salah jika orang mengetahui jumlah gaji yang diperoleh kerana ia dapat membantu mereka mengetahui keadaan gaji semasa yang ditawarkan dalam sesuatu bidang pekerjaan dan boleh memberikan motivasi buat mereka. Terpulang pada pendapat masing-masing. Maklumlah, sekarangkan ramai makcik bawang yang suka mengambil tahu hal yang tidak sepatutnya malah suka membuat andaian yang tidak betul. Yang penting, gunakan duit gaji dengan berhemah. - CARI |
8
Bagus |
20
Marah |
14
Terkejut |
24
Sedih |
11
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sarahmirza replied at 13-7-2018 03:40 PM
Sekolah sibuk nak tau gaji parents sebab apa?
Sebab senang nak pow minta sponsor itu ini
aku_best replied at 13-7-2018 07:38 PM
nak bagi bantuan kepada murid yang tidak berkemampuan...RMT, KWAMP....dan BAITULMAL...
ADVERTISEMENT