CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jalan 150 Meter Untuk Buang Tatu

9-9-2013 10:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7566| Komen: 15

Ahli Kongsi Gelap Berebut2 Buang Tatu Utk Elak Ditangkap Polis

POLIS melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan dalam Ops Cantas Khas di pintu sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, Kedah kelmarin.


BUKIT KAYU HITAM - Taktik sembilan lelaki disyaki ahli kumpulan kongsi gelap 04 dan 08 berjalan kaki sejauh 150 meter dengan cuba menyelinap masuk ke negara jiran untuk membuang tatu kumpulan masing-masing gagal apabila mereka diberkas petang kelmarin.

Suspek yang berusia 24 hingga 47 tahun itu diberkas secara berasingan sejak pukul 7.30 petang di Kompleks Imigresen Kuarantin dan Kastam (CIQ) dekat sini.

Ketika diperiksa, kesemua mereka memiliki tatu termasuk corak harimau dan helang pada tubuh masing-masing mewakili kumpulan samseng yang telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya percaya sembilan lelaki tersebut mahu melarikan diri daripada pihak berkuasa yang sedang menggempur penjenayah menerusi Ops Cantas Khas sejak 17 Ogos lalu.


"Kita tidak menolak kemugkinan kumpulan suspek ini pergi ke Thailand untuk membuang tatu pada badan mereka selepas diharamkan KDN," katanya ketika ditemui selepas melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan yang masuk dari Thailand di CIQ kelmarin.

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chaoyunjie 8-9-2013 02:29 PM
bersihkan segala kongsi gelap...
Quote paperchase 8-9-2013 02:45 PM
‘Pejuang’ tersungkur

Oleh AHMAD SAUFI MANSOR

Bukit Kayu Hitam: Sembilan individu, termasuk ada antaranya dilabelkan sebagai ‘fighter’ atau pejuang dalam dua kumpulan kongsi gelap, cuba mengelirukan pihak berkuasa ketika mahu menyusup ke negara jiran melalui Kompleks Imigresen dan Kastam (KIK) Bukit Kayu Hitam, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 malam, kumpulan lelaki terbabit berlagak selamba sebelum cuba melalui pemeriksaan secara berperingkat, namun gagal apabila ditahan pihak berkuasa selepas menerima maklumat orang awam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, semua mereka berusia antara 24 hingga 47 tahun membabitkan kumpulan kongsi gelap 04 dan 08 dipercayai cuba menyeberang ke Thailand dengan berjalan kaki.

Menurutnya, mereka yang berasal dari Kedah, Perak dan Selangor cuba menyusup masuk ke negara jiran untuk menyembunyikan diri, selain dipercayai mahu membuang tatu pada tubuh masing-masing selepas menjadi buruan pihak berkuasa.

“Ada antara mereka dikenal pasti sebagai ‘fighter’ dan mempunyai jawatan dalam kumpulan kongsi gelap berkenaan kerana akan mengikut segala arahan ketua’ termasuk menyerang mana-mana individu dikehendaki.

“Mereka cuba mengelirukan pihak berkuasa apabila cuba memasuki negara jiran bermula tiga orang diikuti dua orang dan seterusnya, tetapi pergerakan anggota kongsi gelap itu dikesan sehingga tangkapan berjaya dibuat.


ABDUL Jalil menunjukkan tatu dibadan salah seorang daripada sembilan ahli kumpulan kongsi gelap yang berjaya ditahan.

“Siasatan awal menemui beberapa tatu seperti harimau, helang dan lambang 04 pada tubuh mereka, termasuk lengan dan kaki, namun kita masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti pembabitan lelaki ini dengan kongsi gelap,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyertai pemeriksaan dalam Ops Cantas Khas di KIK Bukit Kayu Hitam, di sini.

Menurutnya, empat daripada lelaki terbabit mempunyai pasport antarabangsa, sementara empat lelaki hanya mempunyai pas sempadan, manakala seorang lagi tiada pasport dan seorang daripada mereka dikatakan masuk ke negara jiran setiap hari.

Katanya, Bukit Aman juga bekerjasama dengan rakan sejawat di Thailand untuk mengenal pasti sama ada mereka mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan lain di negara jiran.

“Polis turut berbangga kerana memperoleh maklumat berhubung aktiviti kumpulan kongsi gelap ini sehingga membawa tangkapan ke atas kumpulan lelaki terbabit, sekali gus menunjukkan rakyat berani dan mahu membanteras elemen gengster,” katanya.
Quote unhas 8-9-2013 02:49 PM
gangster2 kat msia ni tak banyak yang hati kering.masing2 dalam hati ade taman gak
Quote BurningTimes 8-9-2013 02:53 PM
Buang tatu ke buat Plastic Surgery kak?
Mari lah kita bersangka baik, iols rasa deorang sedar muka kumpulan ni kebanyakan hazab tin milo karat, mungkin mereka nak buat pembedahan plastik ejas muka? Tak jadi hensem dan putih macam michael jackson pun takpe katanya, Janji muka ada iras2 Bik Mama pun sudah cukup barang kali.

Quote Muntz 8-9-2013 02:54 PM
Takder kedai buat/buang tattoo ker kat sana sampai kena pegi Thailand?
Quote raxief 8-9-2013 02:56 PM
xyah buang. convert je jd syiah muslim. syiah muslim kan halalkan tattoooooooooo
Quote mamiayu 8-9-2013 06:38 PM
ayoma.... nak buang tattoo, mesti sakit giler tu, rasain lu
Quote Omong 8-9-2013 07:05 PM
klu org2 sarawak, ramai yg bertatu nih. .  espeseli corak bunga terung kat bahu. . .takkan kena cekup jugak?
Quote mikasa 8-9-2013 08:24 PM
dari buang kenapa tak modified saja...jimat sikit belanja...tak pun terus buat tatooo hitam cover atas tatoo lama
Quote batmana 8-9-2013 08:25 PM
apasal tak rendam dlm clorox satu mlm aja?...
Quote meya 9-9-2013 05:19 PM
Alhamdulillah sekarang sibuk sikit polis nak jaga keselamatan rakyat biasa...
Quote jonlabu 9-9-2013 05:22 PM
hahahahahahahah akhirnya keluar jugak citer ni. aku dah tulis ttg ni bbrp minggu lepas.
Quote d'zeck 9-9-2013 05:24 PM
tau pulak takut
dengan polis malaysia

padam je tatu
tu guna air liur basi korang

pfftt
Quote PerKasa 9-9-2013 05:29 PM
ha ha ha
baru aku tau
kenapa dipangil Konsi Gelap

sbb geng2 ni semuanya berkulti gelap2 ( hitam legamlah masksudnya tu)

mcm negro haprak peragai pun sama.



Quote manjalara_01 9-9-2013 09:49 PM
mamiayu posted on 8-9-2013 06:38 PM
ayoma.... nak buang tattoo, mesti sakit giler tu, rasain lu

ok jek kot..angelina jolie buat ok jek...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.176437 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top