CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lukisan Mural Unik Ernest Diconteng !

9-9-2013 10:38 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6321| Komen: 20

8 September 2013

GEORGETOWN - Tidak bertanggungjawab, entah apa sebabnya, lukisan seorang artis mural terkenal, Ernest Zacharevic sudah beberapa kali cuba dirosakkan.

         
Terbaru, lukisan dinding yang terletak di Lebuh Armenian itu diconteng dengan perkataan ‘nonsense’ (karut).
         
Ernest yang berasal dari Republik Lithuania Eropah itu meluahkan kecewanya di laman sosial facebook miliknya.
         
Dia yang kini berada di tanah kelahirannya memaparkan gambar hasil lukisannya itu di laman sosial berkenaan.
         
“Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan tentang sikap orang yang melakukannya,” katanya melalui laman berkenaan.
         
Sebelum diconteng dengan tulisan berkenaan, pada 18 Ogos 2013, sekali lagi kegiatanvandalisme berlaku apabila bakul basikal lukisan mural berkenaan cuba dicabut individu tidak bertanggungjawab.

         
Bukan itu sahaja, pada Julai yang lalu, lukisan terbabit juga dibaling dengan kuah dal dipercayai dilakukan pada waktu malam.
         
Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini, Ernest yang lebih mesra dipanggil Zach mengakui mula jatuh cinta dengan Pulau Pinang setelah datang ke sini sejak beberapa tahun yang lalu.
         
Sebelum menghasilkan lukisan muralnya di negeri ini, dia sudah pun mencipta nama di Eropah dengan menghasilkan beberapa lukisan mural dalam sudut yang agak kecil.
         
“Tetapi di tapak warisan dunia Georgetown, saya dikehendaki melukis sebuah dinding seluas enam meter, dan ia mengambil masa beberapa minggu.
         
“Lukisan bagi saya adalah satu terapi dan menjadi minat saya, sekiranya saya tidak menjadikan ianya satu realiti dari dalam fikiran, maka saya akan menyesal,” katanya.
         
Selain di beberapa jalan tapak warisan dunia, Zach juga menghasilkan seni mural kreatifnya di Jeti Chew.




Bagus
1

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 8-9-2013 02:23 PM
Quote tongkatwaran75 8-9-2013 02:23 PM
Quote tongkatwaran75 8-9-2013 02:25 PM
Quote DeMax 8-9-2013 02:28 PM
Mesti keja pendatang Acheh ni..endless possibilities
Quote tongkatwaran75 8-9-2013 02:33 PM
DeMax posted on 8-9-2013 02:28 PM
Mesti keja pendatang Acheh ni..endless possibilities



katanyer...



Quote batmana 8-9-2013 02:47 PM
yang dia bangang sgt lukis kt tembok cmtu buat apa?,
tgkla cuaca kt malaysia ni, panas lembab ujan, lama2 terkopek le lukisan tu..

tak sbb cuaca, sebab burung berak..tak sebab natural, org vandalisme..

Quote raxief 8-9-2013 03:07 PM
ini mesti kerja melayu KL, jawa caprut, klate budu & iban srwak yg cemburukan kejayaan cina bukit & mamak penang di mata kokesen.
Quote sueism 8-9-2013 03:11 PM
mesti org yg tak faham apa tu mural sebab tu di conteng nya
Quote crystel 8-9-2013 03:24 PM
Mana gmba yg kena vandalism?
Quote AdamBillionaire 8-9-2013 06:08 PM
cat rumah pun dh pancit cmne lah nak lukis cmtu ek?? dah lah pakai berus gigi halus. aduhai. tak penat ke??
Quote solstice 8-9-2013 06:12 PM
Biasalah. ..
Org penang....
Quote kecimpret 8-9-2013 08:00 PM
org msia ni x tau hargai keindahan & keunikan seni...masih x bertamadun lg

Quote ninja boy 8-9-2013 09:25 PM
malaysia negara vandalime, x payah lagi buat mural,
Quote card_reader 8-9-2013 09:42 PM
bagi aku lukisan macam nie lebih baek dari buat grafiti yg ntah apa2, tapi biasa la......kalau buat elok2 mesti kena conteng ngan puak2 gatal tangan nie
Quote perrrghhhh 9-9-2013 12:33 PM
kuah dal ??? tsk tsk
Quote Al-Patih 10-9-2013 05:02 AM
kecimpret posted on 8-9-2013 08:00 PM
org msia ni x tau hargai keindahan & keunikan seni...masih x bertamadun lg

orang macam ni ..dipanggil Bangang Bin Bahalol ..Beb ...
Quote Al-Patih 10-9-2013 05:03 AM
card_reader posted on 8-9-2013 09:42 PM
bagi aku lukisan macam nie lebih baek dari buat grafiti yg ntah apa2, tapi biasa la......kalau buat  ...

macam..."puak2 gatal tangan nie".. meke  ni  Beb ...biasa suka buat shorthand ....
Last edited by Al-Patih on 10-9-2013 05:09 AM

Quote anishacute 10-9-2013 05:10 AM
Xde gambar terkini ke? Nak tgk juga part  mana yg dicontengnya tu?
Quote yipun_78 10-9-2013 06:30 AM
masa kat Penang baru2 ni dapat gak tgk lukisan yg mereka buat kat struktur shoplot lama ni, memang cantik dan kemas lepas ni JB pon nk buat gak kan? harap2 lebih baik dari Penang punya

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.046196 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top