Biarpun hari ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-93 tahun, namun beliau tetap sibuk menjalankan tugas hariannya.
Memetik laporan Bernama, tentunya ramai ingin tahu apa yang membuat beliau bergerak begitu cergas hingga foto beliau sedang makan dengan disertai produk multivitamin tertentu di meja begitu menarik perhatian sampai terdapat laporan bahawa jenama tersebut kehabisan stok di farmasi. Pada temubual dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan, Dr Mahathir menegaskan pentingnya tidak makan berlebihan iaitu nasihat yang diterima daripada arwah ibunya. "Ibu saya kata, bila makanan itu sedap, berhenti," kata beliau, sambil mengakui agak sukar untuk melakukan itu pada mulanya, tetapi jadi mudah selepas beberapa ketika."
Menerusi laman Facebook peribadi, satu-satu anak perempuannya, Marina Mahathir, selain mengucap selamat hari jadi buat ayahanda kesayangannya, Marina turut meluahkan rasa terkejut apabila Tun Mahathir mengambil keputusan kembali semula ke gelanggang politik. Namun apa yang paling membanggakan adalah memperlihatkan Tun Mahathir sedia mendengar dan belajar daripada kawan seperjuangan yang baru. Selamat hari jadi, Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri kesayangan rakyat Malaysia. Semoga terus sihat dan cergas di mana saja berada.- CARI
|
16
Bagus |
20
Marah |
9
Terkejut |
31
Sedih |
27
Lawak |
35
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
monreyes replied at 10-7-2018 10:15 AM
harap dia rehat "selamanya" dlm masa terdekat nih..
scorpionkiki replied at 11-7-2018 05:26 AM
Entah entah you or parents you kot yg akan rehat selamanya dlm masa terdekat ni....be careful ttg ...
ADVERTISEMENT