"Ya, sudah hampir satu setengah tahun saya bersendiri. Ramai yang menyangka saya menyambung cinta dengan Kamal, tetapi sebenarnya tidak. Kami pernah berusaha untuk memperbaiki segala kesilapan dalam tempoh terbabit, tetapi ada
saja halangan. Rasanya lebih elok kami
berkawan baik saja dan menyokong usaha antara satu sama lain." Itu jawapan Emma Maembong kepada sebuah akhbar harian semalam berkenaan hubungannya dengan Kamal yang masih dilihat bersama dalam beberapa acara, tetapi ia sebenarnya sebagai rakan artis sahaja. Rentetan itu, Kamal Adli pula dilihat memuat naik status di laman Instagramnya terlebih awal bagi mengesahkan yang dia masih solo. Maka, berduyun-duyunlah peminat perempuan yang memujinya kacak sentiasa. Tidak hanya di Instagram, ada juga pengikutnya yang meninggalkan komen di laman Twitter. Nampaknya, ramai juga pengikut Kamal yang bergurau mengatakan ianya jodoh. Ada juga yang meminta Kamal supaya jangan bersendirian, pilihlah pasangan hati yang serasi. Malahan, ada yang menyunting gambarnya bersama Kamal Adli, semata-mata untuk menarik pelakon nan satu ini. Wah! Gigih ya. Jadi, benarlah cinta dan sayang tidak semestinya bersatu. Biarpun kali pernah dilihat bersama di majlis harijadi atau konsert, mereka sebenarnya tidak lebih daripada rakan seperjuangan. |
hyie replied at 10-7-2018 12:31 PM
apa cer ex heols intan ladyana ye? lama tak dengar...
Nana_Man replied at 10-7-2018 01:09 PM
Jap... kalau dah satu setengah tahun tak ngan si kamal, makne nyer early 2017 dah tak bersama kn? Da ...
gebugebas replied at 10-7-2018 01:10 PM
Aik..hampir satu tahun stgh Emma ni ckp??..abis Thun lepas yg die meroyan psl Kamal dgn zahirah Tu ...
gebugebas replied at 10-7-2018 01:15 PM
Kan..bnyk putar belit kembung ni
hyie replied at 10-7-2018 12:31 PM
apa cer ex heols intan ladyana ye? lama tak dengar...
ADVERTISEMENT