Anda hantu makanan pedas berapi? Anda teringin hendak mencuba burger yang paling pedas di Malaysia? Apa kata anda cuba menu burger paing pedas di Malaysia yang ditawarkan di restoran Salt & Pepper yang terletak di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Sebenarnya di restoran ini tetrdapat pelbagai menu yang menarik dan istimewa. Tetapi menu burger paling istimewa yang diberi nama Explosive Inner Core Burger adalah menu yang paling meletup dan menjadi menu signature restoran ini. Kenapa? Burger ini mengandungi 5 jenis cili terpedas di dunia iaitu bhut jolokia, carolina reaper, seven pot prima, gronong dan big black mama. Memetik dari saji online, menurut Munirah yang merupakan pengasas restoran ini berkata, idea tercetusnya menu burger paling pedas ini adalah kerana masyarakat Malaysia memang gemar makan hidangan yang pedas. Beliau menambah lagi, setelah setahun restoran ini dibuka sejak 2016, beliau baru terfikir idea untuk menghasilkan menu burger ini. Dan sehingga kini, burger peling pedas di Malaysia ini menjadi pilihan pelanggan yang datang ke restoran beliau. Satu lagi tarikan menarik di restoran ini ialah, bagi anda yang mampu menghabiskan Exposive Inner Core Burger dalam masa 1 minit dan bagi yang berjaya akan mendapat voucher RM50 untuk digunakan di salt & pepper. Menurut Munirah lagi, selama restorannya memperkenalkan menu burger ini, sudah 80 orang yang mencuba cabaran ini dan hanya orang sahaja yang berjaya. Selain burger, antara menu yang terdapat sini termasuklah hidangan barat yang seperti pasta, Lamb & Chicken grill dan banyak lagi. Tenyata restoran Salt & Pepper menyajikan pelbagai hidangan yang terbaik. Bagi yang ingin mencuba cabaran Explosive Inner Core Burger, jangan lupa untuk datang ke restoran Salt & Pepper ya! - CARI |
11
Bagus |
4
Marah |
2
Terkejut |
1
Sedih |
19
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
aduhaiya replied at 6-7-2018 02:41 PM
"Menurut Munirah lagi, selama restorannya memperkenalkan menu burger ini, sudah 80 orang yang mencub ...
ADVERTISEMENT