CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Watak Heroin Bukan Lagi Keutamaan, Erra Fazira Fokus Hal Keluarga

2-7-2018 06:05 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 8325| Komen: 28|Original author: Oleh: Amirah

Sudah 20 tahun lebih Erra Fazira berada dalam bidang lakonan dan setelah sekian lama dia merasakan watak heroin bukan lagi keutamaan untuk dirinya.

Apa yang penting sekarang adalah keserasian watak yang ditawarkan. Dia mengakui status hidupnya membuatkan dirinya berubah kerana dia mempunyai tanggungjawab lain yang perlu didahulukan.

Foto: Carian Internet
“Saya kini mengamalkan konsep kerja secara bijak dan bukan kerja kuat kerana mempunyai tanggungjawab lain untuk diuruskan, terutamanya anak saya, Engku Aleesya Engku Emran, 9, yang sedang membesar.

Foto: IG Erra

“Saya tidak nafikan memang ada menerima banyak tawaran heroin, namun tidak banyak yang mampu bertoleransi dengan jadual kerja saya yang padat. Jadi, lebih baik saya membawa watak yang lebih kecil dan kurang komitmen,” jelasnya pada Kosmo.

“Jika saya benar-benar tertarik dengan karakter yang diberikan dan ia boleh memberikan kepuasan yang setimpal, saya tiada masalah untuk memberi komitmen, asalkan hasilnya berbaloi,” tegasnya lagi.

Foto: IG Erra
Dia juga mengakui dirinya begitu rindukan bidang nyanyian yang telah lama ditinggalkan.

“Niat dalam hati sebenarnya mahu membawakan lagu berentak pop, namun terfikir juga adakah ia sesuai dengan imej berhijab yang saya bawa sekarang. Malah jika mengikut permintaan peminat, mereka mahukan lagu balada, jadi saya kini berada dalam keadaan dilema.

“Buat masa sekarang, saya masih lagi mencari lagu yang sesuai dan belum berjumpa yang berkenan. Namun, saya sering berpesan kepada syarikat pengurusan jika ada yang ingin memberikan lagu, saya terbuka untuk mendengarnya,” katanya lagi.

Foto: IG Erra
Ditanya pula mengenai hubungannya dengan Shahir namun jawapannya masih sama. Erra selesa berkawan dengan Shahir dan mengakui keluarga Shahir ada berkunjung sewaktu hari raya.

“Anda semua akan kecewa dengan jawapan saya yang masih kekal serupa seperti sebelumnya dan ya, kami masih berkawan serta dia memang ada datang beraya dengan keluarganya pada hari raya pertama.

“Namun, tidak wujud apa-apa majlis merisik atau sebagainya. Ia cuma kunjungan biasa daripada seorang sahabat sempena raya, itu sahaja. Tanyalah saya seribu kali soalan sama, jawapannya tetap itu selagi belum sampai masa atau jodoh kami berdua,” terangnya sebelum menyimpul perbualan.

Kalau ada jodoh tidak ke mana. Biarlah Erra dan Shahir terus berkawan. Tapi kalau ada  berita gembira jangan lupa kongsi. - CARI

1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 2-7-2018 01:20 PM
mengaku je acik ratu dah berumur kan senang

tak payah nak padat sangatlah
Quote K_Lily 2-7-2018 01:23 PM
carilah lelaki lain... apa agaknya kelebihan si Shahir tu di mata Erra...
Quote virgo19 2-7-2018 01:30 PM
agak2 la umur 44 nak jadi heroin lagi, ni bukan kat barat..
Quote delia3003 2-7-2018 01:40 PM
Edited by delia3003 at 2-7-2018 01:44 PM

Umur dah lebih 40an susah dah nak dapat watak heroin kat Malaysia ni walaupun muka dan body maintain cantik, lain ler Hollywood. Kalau dia pandai rolling duit masa zaman tengah laku dan pandai menyimpan, apa susah. Dah tua2 ni keje relax2 je, ala2 dapat side income gitu. Kalau maintenance tinggi, kena ada income jugak.

Drama bersiri atau filem susah ler sket nak dapat watak heroin  tapi kalau telefilem tu boleh lagi, banyak je yang sesuai dengan jalan cerita asalkan sudi bawak watak emak, banyak je telefilem kekeluargaan
Quote supernaturalee 2-7-2018 01:41 PM
kesimpulan:

akak dh xde job sbnrnya dik


Quote delia3003 2-7-2018 01:48 PM
Edited by delia3003 at 2-7-2018 01:53 PM

Erra ni memang ler masih nampak cantik, lebih2 lagi untuk umur macam dia ni tapi muka dia sekarang dah takde feel 'natural' tapi lebih kepada muka jenis nak lawan usia, dengan bantuan teknologi2 kecantikan sekarang Mesti banyak jugak berhabis untuk kekal cantik
Quote gekkou 2-7-2018 02:37 PM
busy betul acik erra skang
murah rezeki sheols ni jadual padat sampai tak ada masa nk berlakon ha
tak payah la nyanyi..suara tak sedap
Quote Mopiko 2-7-2018 02:50 PM

kalau umur 40an memang bawa watak emak2 je lah kan
Quote haryatie 2-7-2018 03:10 PM
cntik jerk walaupun da berusia
x kisah la apa pun org nak judge...asal bahagia
bukannya mengemis kat org pun
Quote balakkampung 2-7-2018 03:23 PM
watak heroin tak semestinya watak sebagai gadis kolej....kalau untuk drama dan tele banyak jer watak yg sesuai dgn usia erra...

tapikan...pada mata aku..body erra ni body yg paling cantik sekali...belum ada artis wanita yg mampu lawan kesempurnaan potongan badan dia...nampak balance dari atas sampai bawah...pakai apapon nampak cantik...
Quote beeeee 2-7-2018 03:25 PM
apa yg padat eh skali dua je berlakon drama hahah yg penting sheolls memang letopss
Quote mawarika 2-7-2018 03:32 PM
Dah kertu kak oi.. lain ler hollywood. Kat malaysia ni semua nak perempuan muda muda.
Termasuk kawin perempuan muda.
Quote nurainimz 2-7-2018 03:32 PM
watak emak2 boleh la kak erra
Quote da_vinci 2-7-2018 03:33 PM
mana drama dia? dah lama x nmpk pon....adalah nmpk sekali dlm sepahtu reunion kot tp dah lama jugak laaaaaa
Quote whadda 2-7-2018 03:39 PM
keje ape dia buat kat luar.. sibuk berbisnes ke..

ape pon aku suka lagu raya dia..  antara yang senang ingat..

selamat.. selamat.. selamat hari raya.. hari yang bahagia.. hari yang mulia.. hari kemenangan tiap umat manusia
Quote kucen_miang 2-7-2018 03:50 PM
jadual apa yg padat sangat tu?
Quote zafira 2-7-2018 03:54 PM
hahaha... dah kertu memanglah tak hadap watak heroin... apa pun all da best to you...
Quote mieymiey 2-7-2018 04:22 PM
Sedangkan Fasha tu pun dah tak sesuai nak bawa watak heroin (muda remaja), apatah lagi acik Erra.
Quote hasniey 2-7-2018 05:13 PM
Tp ai suka erra dlm mok cun

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.064483 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top