Kemeriahan Aidilfitri masih lagi terasa dengan adanya jamuan rumah terbuka. Apabila mengunjungi jamuan rumah terbuka, tetamu perlulah menjaga adab serta tidak tamak semasa mengambil makanan. Netizen yang bergelar ibu bapa pula, perlu mengawal keadaan anak-anak supaya tidak menimbulkan kekecohan ketika berada dirumah saudara, sahabat atau kenalan. Seorang pengguna Facebook menaikkan status kesal serta mengecam tindakan ibu bapa yang tidak mengawal aktiviti anak-anak ketika berkunjung ke rumah orang semasa beraya. Ini kerana, anak-anak tersebut telah mengusik barang-barang milik tuan rumah dan sekaligus merosakkannya. Netizen bersetuju dengan status lelaki ini memarahi mana-mana ibu bapa yang tidak menjaga dan mengawal anak-anak mereka ketika berkunjung ke rumah orang. Sepatutnya, anak-anak perlu dijaga dan diajar tentang adab ketika berada di rumah tetamu. Bagaimana pun, ada netizen yang mengecam bahasa kasar lelaki ini yang memberikan gelaran bodoh kepada ibu bapa yang tidak pandai menjaga dan mengawal anak-anak. Iyalah, bukan semua anak-anak mampu mendengar kata ibu bapa mereka dan pengalaman mendidik anak-anak adalah tidak sama. Ada netizen yang tetap mempertahankan kekasaran bahasa yang digunakan oleh lelaki ini kerana dia sedang marah dan pernah mengalami situasi yang sama. Netizen ini pernah juga mengecam sikap ibu bapa yang dianggap tidak pandai jaga anak semasa berada dirumah orang, tetapi setelah terjadi pada anak-anak sendiri, barulah dia sedar. Apa-apa pun, netizen juga menasihati bahawa tetamu yang datang kerumah membawa rahmat dan jika sayangkan harta benda dirumah dan barang tersebut tidak boleh diusik, simpanlah ia jauh dari pandangan anak-anak tetamu. |
19
Bagus |
22
Marah |
16
Terkejut |
27
Sedih |
26
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mohdcrow replied at 26-6-2018 12:27 PM
barang2 collectore items atau benda2 berharga yang disayangi baik sorok jerla time org2 ramai dtg ru ...
ADVERTISEMENT