Semalam Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberikan laporan terperinci berhubung penahanan Siti Kasim.
Peguam berkenaan atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim dilaporkan bersetuju dengan campur tangan Muhyiddin itu. “Adalah menjadi kepentingan umum bahawa menteri harus memastikan jabatan di bawah seliaanya mengikut undang-undang. Ini adalah mengenai peguam dan hak pelanggan. Ini bukan mengenai Siti Kasim. “Mengenai hak saya untuk mengambil apa-apa tindakan undang-undang ia adalah perkara yang berasingan. Jika berlaku sebarang pelanggaran, saya terpaksa mengambil tindakan sewajarnya. Itulah hak saya,” katanya menerusi catatan Facebook.
Siti berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang tidak bersetuju dengan tindakan Muhyiddin campur tangan dalam kes Siti Kasim. - CARI
|
scorpionkiki replied at 26-6-2018 08:35 AM
Siti Kassim ni pejuang pd golongan lemah....mungkin kalau dia cantik ramai tak benci dia
ADVERTISEMENT