Nampaknya gejala akaun palsu semakin berleluasa dalam kalangan artis. Banyak kejadian berlaku menyebabkan ada segelintir peminat sangkakan ia adalah akaun sebenar artis tersebut. Antara artis yang pernah terkena penipuan ini ialah Lisa Surihani, Fauziah Latif, Nana dan Aweera hingga Aweera membuat laporan polis. Terbaru, Wany Hasrita menjadi mangsa akaun palsu ini. Di laman Twitter, Wani bertanyakan kepada pemilik akaun palsu tersebut dengan alasan sukar menggunakan 'tweethandle'. Peminat Wany berpakat menekan butang aduan terhadap akaun palsu tersebut.
Ada juga netizen yang melawak, siap bertanyakan soal meminang pula tu. Apabila dilihat Twitter yang dimaksudkan Wany, tiada sebarang Tweet dilakukan oleh pemilik akaun palsu tersebut. Namun, tarikh 'Wany Hasrita' palsu menyertai Twitter adalah pada Mac 2013. Ini bermakna pemilik akaun tersebut sudah menggunakan nama lain sebelum ini. Tidak dapat dipastikan apakah motif 'si dia'. Diharapkan 'Wany Hasrita' palsu memadamkan akaun tersebut atau menukar nama supaya akaun tersebut tidak 'dihilangkan'. - CARI |
besarkecik: Member aku cakap wani ni calon penyanyi no 1 malaysia selain nana
ADVERTISEMENT