Menu yang popular ketika menjelang hari raya tak lain tak bukan ketupat, rendang dan lemang. Tapi kalau sampai hari ke-20 syawal pun masih berketupat dan lemang, tetamu pasti akan bosan.
Ditambah pula dalam hari yang sama ada jemputan 10 buah rumah terbuka yang menyajikan ketupan, lemang dan rendang je. Boleh muak dan muntah rasanya kan. Apa kata kita lari sekejap dengan menu-menu hari raya untuk rumah terbuka anda. Sediakan menu yang agak rare yang rumah lain tidak buat. Jika anda mahukan juadah rumah terbuka anda lain dari yang lain, jom cuba 6 jenis idea menu menarik ini. 1. Nasi Dagang Jarang rasanya semasa raya orang buat Nasi Dagang kan? Mungkin tak ramai yang buat. Jadi apa salanya untuk rumah terbuka nanti, sediakan Nasi Dagang pada tetamu yang hadir. Sudah pasti ia lain dari yang lain dan yang pasti nasi yang anda masak akan habis licin nanti. 2. Laksa Johor Bukan bermakna Laksa Johor ni boleh dinikmati di Johor sahaja tau. Menu ini jarang orang buat ketika hari raya. Jadi, tak kita di negeri mana anda berada, jom belajar buat Laksa Johor dan impresskan tetamu anda nanti. Tentu mereka teruja dan sangat suka. 3. Mee Bandung Muor Siapa tak kenal dengan menu yang begitu popular ini. Tapi ketika di hari raya, jarang kita dapat merasa Mee Bandung Muar kan. Jadi, apa kata sediakan menu ini di rumah terbuka anda nanti. Rasanya yang sedap sudah pasti membuatkan para tetamu yang datang ke rumah anda gembira dan pulang dengan senyuman dan kekenyangan dek Mee Bandung Muor yang tak dapat ditolak biarpun mereka sudah kenyang. 4. Nasi Ayam Ha! Mungkin nasi ayam mudah kita dapatkan di hari-hari biasa. Tapi, ketika hari raya, susah kita nak melihat menu ini sebagai sajian dirumah terbuka. Semua masih lagi terbayang dengan ketupat dan lemang. Jadi, boleh juga jadikan nasi ayam sebagai idea sajian untuk rumah terbuka anda nanti. 5. Koktail Raya-raya pasti ramai yang sajikan air botol yang bergastu kan. Boleh cuba koktail susu ataupun buah-buahan sebagai pembasah tekak untuk tetamu anda. Nak buat koktail ni pun mudah je kan? Dengan rasa buah-buahan di dalam koktail anda tu, sudah pasti buat tetamu anda tambah berkali dan susah mereka nak balik nanti. 6. Roti Jala Roti jala turut boleh dijadikan sebagai menu untuk rumah terbuka. Makanan yang mudah dibuat ini dapat menghasilkan quantiti yang banyak dimana ianya akan menampung tetamu anda yang banyak. Justeru itu, nasi mungkin akan menyebabkan anda penat dan mengantuk untuk kembali ke tempat kerja, makanan alternatif untuk mengelakkan mengantuk ialah roti jala yang merupakan makanan yang tidak terlalu berat. - CARI |
13
Bagus |
11
Marah |
12
Terkejut |
6
Sedih |
7
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
awanearisu replied at 26-6-2018 02:56 PM
Roti Jala kita paling suka. Nasi kerabu, nasi dagang kerap juga jumpa. Mi bandung Muar tak susah seb ...
ADVERTISEMENT