Ramai netizen yang mengeluh susah untuk mendapatkan pekerjaan, terutamanya yang selari dengan bidang yang dipelajari semasa di pusat pengajian tinggi awam atau swasta. Jika ada sekalipun, gaji yang ditawarkan pula agak rendah tetapi terpaksa menerima kerana keperluan kepada pekerjaan begitu mendesak pada masa kini. Memang untunglah sesiapa yang berjaya mendapat pekerjaan dengan gaji yang besar. Seorang pengguna twitter berkongsi status tentang senarai gaji dan elaun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) beberapa buah syarikat GLC yang mencecah jutaan ringgit setahun. Dia melihat situasi tersebut seperti tidak adil malah seolah menindas golongan pekerja bawahan yang bekerja keras membantu membangunkan syarikat tetapi dibayar dengan gaji dan kenaikan yang kecil. Rata-rata netizen terkesan dengan isu tersebut kerana ramai yang menghadapi masalah gaji dan kenaikan tahunan yang sedikit di syarikat tempat mereka bekerja. Komen netizen ini ada betulnya, sesetengah syarikat sengaja menawarkan gaji yang rendah kerana keperluan kepada pekerjaan yang mendesak akan membuatkan netizen menerima pekerjaan tersebut malah pekerja juga takut jika mereka hilang pekerjaan. Maklumlah, sekarang memang susah untuk mendapat pekerjaan dan perlu bersaing dengan graduan baru. Nampak sangat ketara jurang antara pekerja yang dibayar gaji paling rendah dan pengarah yang dibayar elaun paling tinggi dalam sebuah GLC kan? Apa-apa pun, sentiasa bersyukur dengan rezeki yang kalian ada dan sentiasa menambah baik prestasi dan nilai tambah dalam diri agar peluang mendapat gaji yang lebih tinggi. - CARI |
11
Bagus |
24
Marah |
14
Terkejut |
12
Sedih |
8
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ladybugz replied at 26-6-2018 08:16 AM
Setuju. Byk juga company glc lain yg bile company untung. Pi bawak hanya jabatan die n bos2 aje pegi ...
leylapple replied at 25-6-2018 09:02 PM
nanti ada lah org jawab...ala, gaji 2.5k sebab effort ko rm2.5k...ko hanya fikir utk 1 orang, yaitu ...
ADVERTISEMENT