Seorang wanita warga Indonesia ditahan selepas dipercayai mencampak bayi lelakinya yang baru dilahirkan dari tingkat dua. Video kejadian yang berlaku di sebuah bangunan di Hentian Kajang itu tular di media sosial.
Harian Metro melaporkan, wanita warga Indonesia berusia 20-an itu ditahan di perkarangan Hospital Kajang. Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata, “Permohonan reman terhadap suspek dibuat di Hospital Kajang, pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi,” katanya. “Siasatan awal mendapati pemilik sebuah restoran di kawasan berkenaan menemui bayi terbabit kira-kira jam 5 petang. “Sebelum itu, dia mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat di belakang restoran berkenaan ketika berada di dapur premis itu sebelum bergegas ke lokasi terbabit.
“Lelaki itu kemudian menemui bayi lelaki dalam kedaaan bogel tetapi masih hidup, di atas tanah." Pemilik restoran itu kemudiannya menggunakan kain untuk membalut bayi berkenaan sebelum dibawa ke klinik berhampiran. -CARI
|
8
Bagus |
10
Marah |
29
Terkejut |
10
Sedih |
2
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
clarizsa replied at 25-6-2018 07:47 AM
Sempat tgk bideo ni kt fb smlm
Sian baby
Dan geram gak dgn sorg tu kalut2 nak amik pic baby
MissNigga replied at 24-6-2018 11:50 PM
dikhabarkan ... si ibu yang mencampak baby ni .... awek indon dari minang ...
masa nonton bidio n ...
ADVERTISEMENT