Sebelum ini, aktres Nora Danish pernah meluahkan rasa kesalnya apabila anaknya Ney ney atau nama sebenarnya Mohamed Neqayl Nedim menjadi mangsa buli siber. Malah, anak yang tidak berdosa itu kerap menjadi bahan kutukan netizen yang menganggapnya sebagai tidak comel.
Terbaru, Ney ney sekali lagi menjadi bahan kutukan netizen yang mengutuk bahagian hidungnya pada foto yang dimuat naik oleh aktres jelita itu di akaun Intagram miliknya. Dikutuk mempunyai lubang hidung sebesar serombong kapal..
Komen-komen biadap tersebut mendapat perhatian pengikut Nora yang rata-rata menyokongnya sehingga menyebabkan berlaku pertelagahan di ruangan komen selebriti dan juga usahawan tersebut. Jangan mengutuk ciptaan Tuhan. Sila muhasabah diri kerana diri sendiri pun tak sempurna.. Ada juga yang tidak sampai hati membaca komen yang mengutuk rupa paras permata hati Nora Danish dan Nedim tersebut dan meminta Nora untuk tidak mengambil gambar anaknya dari sudut bawah kerana ianya membuatkan lubang hidung Ney Ney kelihatan besar. Nora yang kini dipercayai sedang bercuti bersama keluarganya di Pulau Khai Nai, Phuket dilihat tidak memberi sebarang reaksi kepada komen-komen tersebut. Mungkin sudah lali dan enggan mempedulikan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak kesayangannya itu. Apa pun kami pasti, ibu mana yang tidak sedih dan terasa hati apabila anak yang dikandung dan dilahirkannya menjadi mangsa buli siber sedangkan anak itu belum lagi mengenal erti kehidupan. Berhati-hatilah dalam berbicara, jangan sampai melukakan hati dan menyinggung perasaan orang lain atau sebaiknya berdiam sahaja sekiranya tidak ada benda baik untuk diucapkan. Sama-samalah kita bermuhasabah diri. -CARI |
5
Bagus |
17
Marah |
10
Terkejut |
8
Sedih |
14
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
niena90 replied at 25-6-2018 12:50 PM
Dah gitu pattern hidung mak ayahnya. Biorlahhh mereka. Ciptaan Allah jgn la kita pertikaikan {:1_141 ...
mixed replied at 25-6-2018 01:25 PM
nd jenis lantak ko la anak aku kot
suka dia la nk post camna pun
nitezan yg kecam bertudung muka p ...
zidane2011 replied at 25-6-2018 01:13 PM
Aku tgk comey je anak si nd ni. Yg duk menghina tu bajet anak sendiri keluar persis zac efron ke apa ...
ira_229 replied at 25-6-2018 01:34 PM
tu dia...bongok kan? dia punya suka lah nk post kat ig sendiri..yg sekor2 makan hati dah kenapa? n ...
lola replied at 25-6-2018 01:29 PM
Aku tgk elok je anak nora nie..xde cacat pun..knp la nak kutuk anak org..nie mst anak org kutuk tue ...
ADVERTISEMENT