Mayat seorang pemandu Grab ditemui di dalam kereta miliknya di kawasan parkir Taman Selayang Makmur, Selayang, Gombak. Harian metro melaporkan, mangsa, Aiman Nosri, 27, yang berasal dari berasal dari Nilai, Negeri Sembilan, dipercayai dibunuh.
Mangsa ditemui dalam keadaan terlingkup di tempat duduk belakan perodua Myvi dengan bahagian kepala mengenai lantai kenderaan, manakala kakinya di atas. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Tey Kong Seng berkata, "Terdapat kesan melecet pada leher mangsa. Kami tidak menemui sebarang senjata di lokasi kejadian.
"Pemeriksaan lanjut mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang jalan masuk ke lokasi kejadian. “Malah, tiada saksi yang melihat kejadian berkenaan." Sementara itu, seorang dari ahli keluarga mangsa berkata, “Kebiasaannya dia akan balik ke rumah selepas keluar bekerja atau tidur di rumah rakannya di Kuala Lumpur. Namun, dia tetap akan pulang ke rumah dan tidak pernah menetap bersama rakannya hingga berhari-hari. “Apabila dia tidak balik ke rumah pada Jumaat lalu, kami pelik dan mula mencarinya dengan bertanya kepada rakannya, tetapi mereka memaklumkan tidak tahu lokasi Aiman berada sebelum laporan polis dibuat. Aiman sebelum ini dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Nilai, Negeri Sembilan pada 5 petang, 21 Jun lalu untuk bekerja. -CARI
|
11
Bagus |
7
Marah |
12
Terkejut |
12
Sedih |
8
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lasagnaklcc replied at 24-6-2018 10:40 AM
Apa sbb sampai nak bunuh grab driver... taknak bayar ke atau mmg nak merompak?
iloveselangor replied at 24-6-2018 12:22 PM
Takut kena liwat je.
ADVERTISEMENT