Bila dah pulang beraya di kampung dan berjumpa pula sanak saudara yang jarang bertemu, maka pelbagai soalan yang akan ditanyakan. Yang bujang ditanyakan bila nak kahwin, yang kahwin pula ditanya bila nak ada anak, yang dah ada anak pun ditanya bila nak tambah koleksi lagi. Hal yang sama terpaksa dilalui oleh Siti Elizad yang telah mendirikan rumah tangga sejak 2015 lagi. Soalan-soalan seperti "bila nak ada anak?" sering kali ditanya hingga membuatkan dia rimas lalu memuat naik status di Twitter dan Ig Stories. Panjang lebar jawapan Elizad yang ditujukan kepada mereka yang kepoh di hari raya. Lebih menjengkelkan lagi apabila mereka yang berkata itu tanpa silu mengusap dan memegang perutnya. "Pegang-pegang perut aku sambil cakap belum
ada isi ke dalam? Menunjukkan betapa ceteknya didikan kau, kau rasa
seronok ke melawak tentang benda tu semua?" ujarnya. Ia disokong oleh peminatnya yang juga ditanya soalan yang sama. Elizad membalas kesemua tweet mereka dengan menyatakan perancangan Allah itu sangat cantik sebenarnya. Malahan, ada yang berkongsi kisah yang lebih menyedihkan iaitu ditanya soalan kenapa belum kahwin walaupun dah berusia. Ya, tiada siapa yang tahu takdir kita dan pastinya perancangan Allah adalah yang terbaik. Jadi, jagalah tepi kain sendiri dan elakkan bertanya soalan provokasi kepada mereka yang belum dikurniakan anugerah dalam hidup mereka. - CARI |
18
Bagus |
12
Marah |
Terkejut |
10
Sedih |
6
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
besarkecik replied at 21-6-2018 01:55 PM
Bila kau nak lenyap dari industri ni?
rosasen replied at 21-6-2018 02:21 PM
kenapa plak?
besarkecik replied at 21-6-2018 02:34 PM
Biar soalan lain dari yang lain. Baru tak tension nak jawab. Hahahaha
cupu replied at 21-6-2018 03:21 PM
Sensitifnya...ko pun org melayu...masuk telinga kanan keluar telinga kiri la...dr kecik kot tau peel ...
ADVERTISEMENT