CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Piala Dunia 2018: Jepun Buat Kejutan Tumpaskan Colombia 2-1

20-6-2018 12:37 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2367| Komen: 9

Description: Permainan yang cukup membanggakan buat pasukan bola sepak Jepun kerana berjaya menewaskan Colombia 2-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H Piala Dunia 2018 malam kelmarin.
Permainan yang cukup membanggakan buat pasukan bola sepak Jepun kerana berjaya menewaskan Colombia 2-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H Piala Dunia 2018 malam kelmarin. 


sumber : carian internet

Memetik laporan Kosmo, kejutan yang dipamerkan itu sekaligus menjadikan 'Negara Matahari Terbit' itu sebagai pasukan Asia pertama yang menewaskan pasukan dari Amerika Selatan.

sumber : carian internet

Dilaporkan kejayaan itu 'dibantu' oleh pemain tengah Carlos Sanchez yang dilayangkan kad merah seawal minit ketiga apabila menggunakan tangannya untuk menghalang bola di kotak penalti.


Jepun dianugerahkan sepakan penalti ekoran tindakan itu dan disudahi oleh pemain tengah Shinji Kagawa.

Hasil itu, pasukan Colombia terpaksa bermain dalam bilangan pemain kurang seorang berbanding dengan pasukan Jepun yang sememangnya memperlihatkan pasukan Colombia berdepan gangguan percaturan permainan.

Juan Quintero kemudian menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma sebaik sebelum tamat separuh masa pertama.

sumber : carian internet

Separuh masa kedua menyaksikan Jepun terus mengasak Colombia dan Yuya Osako berjaya menandukkan gol kemenangan buat Jepun pada minit ke-73.

Berbekalkan tiga mata, Jepun kini memburu tempat ke pusingan kalah mati menjelang aksi kedua peringkat kumpulan menentang wakil Afrika, Senegal pada 24 Jun ini.

Sementara itu, Colombia menggalas misi wajib menang pada dua perlawanan terakhir menentang Poland dan Senegal sekiranya mereka mahu menempah slot ke pusingan kedua seterusnya mengulangi pencapaian 2014 mara ke suku akhir.- CARI
13

Bagus
9

Marah
11

Terkejut
7

Sedih
12

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote besarkecik 20-6-2018 12:51 PM
Patutlah boss jepun aku senyum lebar je.
Quote kasibiman 20-6-2018 12:52 PM
Hebakkk jepang.


Quote taikor 20-6-2018 01:04 PM
dasar pandang ke Jepun tidak salah...
Quote Maideen. 20-6-2018 01:20 PM
Tahniah Jepun.
Quote munchkin 20-6-2018 05:00 PM
Wooooo. Japan di hatiku!!!
Quote ujin 20-6-2018 05:12 PM
Tahniah Japan
Quote RED 666 20-6-2018 05:13 PM
Salah satu cara bolasepak malaysia nak maju, tambahkan ketinggian pemain.

Tengok pemain2 bola jepun semuanya tinggi menggalah mcm omputeh saiznya
Quote neo_5050 20-6-2018 07:21 PM
Japan.

I suka team underdog menang.
Quote dani-rox 20-6-2018 07:25 PM
alaa... team mexico lebih kurang saiz team msia, bole jah kalahkan german



[twitter]https://twitter.com/VeraAlejanndro/status/1008394935094169600[/twitter]




Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.043560 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top