Penggemar keju dan daging pasti suka akan resipi ini. Cara penyediaannya juga mudah jadi anda tak perlu bertungkus lumus di dapur untuk mengisi perut anda yang sedang berbunyi!
Sesuai dimakan ketika sarapan pagi atau ketika perut lapar pada tengah-tengah malam. Bahan-bahan • 1 paun daging kisar • ¼ cawan bawang yang dipotong • 1 sudu besar mustard • ½ cawan sos tomato • ¼ cawan gula perang
• ½ sudu besar sos worcestershire • 10-12 keping roti Texas • 6 sudu besar mentega lembut • 3 - 4 cawan parutan keju Cara-Cara 1. Masak daging kisar dalam kuali. Buang lebihan minyak. 2. Tambahkan mustard, sos tomato, gula perang dan sos Worcestershire. Didihkan selama 5 minit. 3. Sapu mentega di kedua-dua bahagian roti. 4. Letakkan sekeping roti di dalam kuali. Bubuh parutan keju dan satu skop daging dan ditutup dengan parutan keju. Letakkan sekeping lagi roti di atasnya. Masak sehingga berwarna keperangan. Nikmati kepuasan sandwich ini di dalam perut anda! -CARI Kredit Resipi: Best Bites
|
pearl.silver replied at 22-6-2018 01:05 PM
Bawang tak masuk dlm step2 pun?
Yg i penah tgk kt tv, sloppy joe ni pentingnya bawang caramelized ...
icha80 replied at 24-6-2018 11:22 AM
Betul tu.. resipi tak lengkap!
pearl.silver replied at 24-6-2018 12:28 PM
Biasa laa resepi copy n paste je..
Btw camne nk buat caramelized onion tu..just stir fry bawang ...
ADVERTISEMENT