CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bubur Asam Gumpal, Resipi Rahsia Untuk Memikat Perut Suami

20-6-2018 10:49 AM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 11049| Komen: 19|Original author: Oleh: Diba S.

Pernah buat atau rasa bubur asam gumpal? Kalau tak pernah, jomlah cuba buat sendiri. Anda tak akan menyesal punya!

Foto: FB RASA

Bahan-Bahan: 
UNTUK INTI ASAM GUMPAL: 
100gm kacang hijau 
1 keping gula melaka
1 liter air

BAHAN SAGU MATA IKAN: 
100gm biji sagu 
2 1/2 cawan air suam

BAHAN UNTUK KUAH:
250gm santan pekat
2 cm halia yang dihiris halus
1/2 sudu teh halba
1/2 sudu teh garam
1 biji bawang merah yang dihiris

Foto: Facebook Rasa
Cara-Cara

1. Untuk membuat inti; Rebus kacang hijau hingga empuk masukkan gula melaka masaklah sehingga menjadi pes kacang hijau. Ketepikan. 

2. Seterusnya gaulkan sagu mata ikan bersama 1/2 cawan air suam, bentukkan sagu mata ikan di tapak tangan. Masukkan inti dan bentukkan bulat. Buatlah sehingga selesai. Kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak.

3. Untuk kuahnya; Di dalam periuk masaklah santan bersama dua cawan air, halba, halia, bawang merah dan garam. Apabila mendidih masukkan asam gumpal yang telah dikukus tadi. Masaklah sehingga kuah agak memekat. 

4. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Amacam? Menggoda tak? -CARI

Kredit Resipi: RASA
5

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 20-6-2018 12:01 PM
Xpelik ke rasa.dia?
Manis.n kuah dia plak ala savoury gitu
Quote pearl.silver 20-6-2018 12:04 PM
Selalu mkn masa dok pekan..tp xminat sgt
Quote meisapoya 20-6-2018 12:51 PM
shernazz: Xpelik ke rasa.dia?Manis.n kuah dia plak ala savoury gitu


X manis pon inti klu makan dgn sagu tu. Kuah rasa masin2 lemak gitu. Try la. Sedap. Sbb ada halba kot. I suka halba tu
Quote lyza2474 20-6-2018 04:36 PM
asam gupal orang ganu panggil  
Quote sapeka 21-6-2018 09:50 AM
tak pernah makan dan tak pernah jumpa lagi
Quote miemiecha 21-6-2018 11:10 AM
mak mek kerap wat, dlu menege bazar ramadhan...
Quote MYviHaZz 21-6-2018 12:35 PM
dapnyer...feveret kita ni, dah duk ganu ni selalu dpt makan..
Quote sakinahxpdc 23-6-2018 05:18 AM
sedap ni...lamanyeee x mkn
Quote ladybugz 23-6-2018 08:37 AM
Suka yg ade nangka hiris dan x suka rasa halba yg kuat
Quote munchkin 24-6-2018 03:24 AM
Tak pernah makan. Macam mana nak bentukkan sagu tu tak lembik ke?
Quote misscendol 25-6-2018 11:18 AM
Sedapnya... Boleh dicuba
Quote misscendol 25-6-2018 11:21 AM
shernazz replied at 20-6-2018 12:01 PM
Xpelik ke rasa.dia?
Manis.n kuah dia plak ala savoury gitu

Kalau xde inti die lg sedap rasenya
Quote shernazz 25-6-2018 11:54 AM
misscendol replied at 25-6-2018 11:21 AM
Kalau xde inti die lg sedap rasenya

Kan..
Maybe yang biasa rasa mmg.akan biasa
Tp iols.mmg.susah sket.nak terima makanan campuran savoury n.manis gitu..haha
Serupa.ketupat sotong...huhu
Quote chinta89 26-6-2018 04:50 PM
sedap.


tp iols suka kacang tu hancur dikepal2 kemas, serta kurang manisss.
Quote chinta89 26-6-2018 04:52 PM
munchkin replied at 24-6-2018 03:24 AM
Tak pernah makan. Macam mana nak bentukkan sagu tu tak lembik ke?

masa sagu dh masak tu still panas kan.

ambik dengan tgn terus gentel2 buh kacang td pahtu bulat2kan.

kena buat masa sagu blm sejuk. dh sejuk susah nak bentukkan jd bulat.
Quote munchkin 26-6-2018 10:29 PM
chinta89 replied at 26-6-2018 04:52 PM
masa sagu dh masak tu still panas kan.

ambik dengan tgn terus gentel2 buh kacang td pahtu bulat ...

Thanks chinta.
Quote chinta89 27-6-2018 03:06 PM

sama2.
eh rindu la kat profile pic u di porem yg mata bulat gerak atas bawah tu

Quote munchkin 27-6-2018 03:45 PM
chinta89 replied at 27-6-2018 03:06 PM
sama2.
eh rindu la kat profile pic u di porem yg mata bulat gerak atas bawah tu

Hahah. Ni pic garang sikit.
Quote twinkleboo 9-4-2019 03:59 PM
Ni macam masin or manis?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.069433 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top