APM 2013: Amaran awal Hafiz Wakil penganjur bersama sebahagian artis yang dicalonkan pada APM 2013 di Kuala Lumpur. Penyanyi Bahagiamu Deritaku terima tujuh pencalonan akhir Anugerah Planet Muzik 2013 Penyanyi popular negara ini, Hafiz Suip, mendominasi senarai calon akhir Anugerah Planet Muzik (APM) 2013 dengan tujuh pencalonan dalam enam kategori. Artis kelahiran Sarawak itu dicalonkan dalam kategori Artis Lelaki Terbaik, Duo/Kumpulan Terbaik, Lagu Terbaik Malaysia (dua pencalonan), Artis Serantau Paling Popular, Lagu Serantau Paling Popular dan Ikon Media Sosial. Dua daripada tujuh pencalonan itu, Hafiz disenaraikan bersama penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, hasil gandingan mantap mereka menerusi Muara Hati. Masing-masing dalam kategori Lagu Terbaik Malaysia dan Lagu Serantau Paling Popular. Selain Hafiz, artis lain yang turut menerima pencalonan terbanyak ialah Shila Amzah, Sleeq, Noah, Hady Mirza dan Aliff Aziz. Semua artis berkenaan menerima lima pencalonan akhir. APM yang akan berlangsung di Suntec, Singapura, pada 18 Oktober depan turut membariskan pencalonan penyanyi dari Singapura dan Indonesia bagi merebut 18 kategori dipertandingkan. Memasuki edisi ke-12 penganjuran, anugerah kali ini dibawakan oleh stesen radio Singapura, Mediacorp Ria, Warna dan MediaCorp Suria, dengan kerjasama Astro sebagai penyiar rasmi. Memperkenalkan sedikit kelainan, APM kali ini turut menyediakan kategori baru iaitu Band Terbaik yang menyaksikan saingan antara Bunkface, Gigi, Kotak, Mojo dan Noah. Utamakan keadilan dalam penjurian Penolong Naib Presiden Radio Mediacorp, Hassan Salleh, berkata setiap tahun pihaknya berhadapan cabaran besar dalam menentukan calon akhir kerana anugerah itu membabitkan penyertaan penggiat seni tiga negara. “Meskipun setiap tahun pembabitan artis Singapura adalah kurang berbanding negara lain, sebagai penganjur, kami tetap mengutamakan keadilan dalam pemilihan calon akhir. “Semua pencalonan dari ketiga-tiga negara dinilai sejak 1 Januari 2012 hingga 31 Disember tahun lalu. Kami juga menetapkan tarikh tutup pencalonan sehingga 20 Ogos 2013, iaitu selama lapan bulan. “Pencalonan akhir ini ditentukan sembilan juri profesional, iaitu tiga wakil dari setiap negara,” katanya. Peluang artis dikenali di negara luar Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, pula berkata peluang kerjasama dalam penganjuran APM banyak memberikan kelebihan kepada dunia seni muzik tanah air. “Setiap tahun Astro akan menjadi penyiar rasmi dan saya melihat kerjasama ini turut membuka laluan mudah buat artis yang dicalonkan untuk dikenali di negara luar, khususnya Singapura dan Indonesia. “Seperti dimaklumkan wakil dari Indonesia, lagu nyanyian Hafiz memang cukup dikenali di Indonesia. Maka tidak hairanlah dia antara artis yang menerima pencalonan terbanyak pada APM tahun ini,” katanya. Shila enggan berharap Sementara itu, Shila yang terkejut dengan lima pencalonan diraihnya begitu teruja menantikan acara gilang-gemilang itu. “Tahun lalu saya hanya dicalonkan dalam dua kategori saja iaitu Artis Wanita Terbaik dan Lagu Terbaik (Malaysia). Alhamdulillah, saya membawa pulang anugerah bagi kedua-dua kategori itu menerusi lagu Patah Seribu. “Tahun ini sekali lagi berlaku kejutan apabila lagu nyanyian dan ciptaan saya sendiri, Masih Aku Cinta, menerima lima pencalonan. “Begitupun saya tidak mahu meletakkan harapan tinggi, sebaliknya saya lebih teruja untuk mengikuti majlis APM yang menghimpunkan artis dari tiga negara serumpun. Saya juga seronok untuk mengenali komposer, orang industri hiburan dan media dari Indonesia serta Singapura,” katanya. INFO Kategori/Calon akhir APM 2013: 1. Vokal Terbaik (Artis Baru Wanita) - Asmidar (Biar Sampai Ke Bintang) - Citra Scholastika (Everybody Knew) - Giselle (Pencuri Hati) - Kamaya (Terperangkap Cinta) - Shae (Sayang) 2. Kolaborasi Terbaik - Aliff Aziz & Adira (Keajaiban Cinta) - Art Fazil & Imuda (Rilek Brader) - Najwa Latif, Sleeq & Syamkamarul (Shabat) - Sheikh Haikel & Illa Damiaa (Eh Lah!) - The Trisno Trio & Altimet (Dunia) 3. Artis Lelaki Terbaik - Glenn Fredly (Malaikat Juga Tahu) - Hady Mirza (Betapa Berat Cintaku) - Hafiz (Bahagiamu Deritaku) - Judika (Aku Yang Tersakiti) - Tompi (Waktu Takkan Mampu) 4. Artis Wanita Terbaik - Agnes Monica (Muda) - Bunga Cinta Lestari (Cinta Sejati) - Maudy Ayunda (Perahu Kertas) - Nicky Astria (Terus Melangkah) - Shila Amzah (Masih Aku Cinta) 5. Duo/Kumpulan Terbaik - Black & Malique (Teman Pengganti) - Hafiz & Datuk Siti Nurhaliza (Muara Hati) - Tangga (Cinta Tak Mungkin Berhenti) - The Trisno Trio & Altimet (Dunia) - Truth (Hati-Hati dengan Hati) 6. Band Terbaik - Bunkface (Panik) - Gigi (Mutiara Yang Hilang) - Kotak (Kecuali Kamu) - Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi) - Noah (Separuh Aku) 7. Lagu Terbaik (Malaysia) - Andai Ku Bercinta Lagi (Mojo) - Bahagiamu Deritaku (Hafiz) - Masih Aku Cinta (Shila Amzah) - Muara Hati (Hafiz & Datuk Siti Nurhaliza) - Pelangi Senja (Stacy) 8. Artis Serantau Paling Popular - Agned Monica - Aliff Aziz - Bunga Cinta Lestari - Cakra Khan - Hady Mirza - Hafiz - Noah - Rossa - Shila Amzah - Sleeq - Taufik Batisah - Yuna 9. Ikon Media Sosial - Agnes Monica - Aliff Aizi - Bunkface - Hafiz - Imran Ajmain - Mizz Nina - Najwa Latif - Noah - Sherina Munaf - Shila Amzah - Sleeq - Vidi Aldiano
|
nicuya posted on 5-9-2013 09:29 AM
alaaa.....kl kt malaysia mesti la byk tuan rumah yg menang....tgk la nnt...apm ni mmg mcm tu...
nicuya posted on 5-9-2013 09:53 AM
bukan la wei....kan die wat kat malaysia kn....biasenye tuan rumah mesti byk dpt kredit..mcm apm d ...
malaywood.NET posted on 5-9-2013 10:04 AM
apa di kerepak ni,.
kan apm ni singapura yang menganjur..
singapura,indon,malaysia ada jer jd tt ...
itik_kuning posted on 5-9-2013 09:53 AM
Rasanya kalau tak silap band Audionauts dari Singapore pun ada tercalon untuk kategori Artis Popular ...
Incanto posted on 5-9-2013 10:37 AM
Mana pula Msia jadi tuan rumah
Bukan ke buat kat Suntec Spore... Ke aku silap baca?
Incanto posted on 5-9-2013 10:37 AM
Mana pula Msia jadi tuan rumah
Bukan ke buat kat Suntec Spore... Ke aku silap baca?
ADVERTISEMENT