Jika kita lihat, rata-rata ibu bapa hari ini lebih gemar memberikan gajet kepada anak daripada melayan mereka. Malah, gajet sering disua sebagai alat memujuk jika anak buat perangai.
Ekoran itu, anak selalu dapat mengakses Internet tanpa pengawasan ibu bapa hingga mereka mempelajari sesuatu tidak sepatutnya diketahui kanak-kanak seperti perkataan kesat dan lucah. Terbaru, seorang pengguna Twitter berkongsi pengalamannya apabila ditanya kanak-kanak berusia tujuh tahun mengenai aset kewanitaannya. Kenapa nenen akak kecik?
Posting berkenaan mendapat perhatian pengguna lain yang berasa terhibur dengan kejujuran kanak-kanak terbabit. Nasib baik tak murung Namun, tak semua menganggap ia satu gurauan. Malah, segelintir netizen merasakan posting berkenaan mengarut dan tidak sesuai dikongsikan di laman sosial. Bodohnya tweet ni, padamlah "Siapalah yang ajar komen pasal nenen orang ni," komen netizen. Bukan Internet sahaja mempengaruhi pemikiran dan sikap kanak-kanak yang sedang membesar, malah mereka mudah 'menangkap' apa sahaja yang dilakukan serta diungkapkan oleh orang sekeliling. Jadi, berhati-hatilah dan sentiasa pantau anak anda. - CARI
|
10
Bagus |
12
Marah |
15
Terkejut |
5
Sedih |
12
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bakingsoda replied at 27-8-2018 12:29 PM
kejadian berbelas tahun lepas, adik saya pernah sekali masa singgah kat masjid, kuat jugak suara dia ...
ADVERTISEMENT