Lemang merupakan antara menu wajib ada tatkala menjelangnya raya. Rasanya kalau tiada lemang, raya anda tentu sahaja tidak sempurna. Pada asalnya lemang merupakan beras pulut yang bercampur dengan santan dan juga sedikit garam dimasukkan ke dalam buluh lemag dan dipanggang diatas bara api sehingga masak.
Keenakan lemang itu terletak pada bagaimana adunan beras pulut dan juga kuantiti santan dan garam yang digunakan ditambah pula dengan bau-bau asap panggangan yang melekat pada lemang ketika dimasak. Kalau zaman dahulu membuat lemang ni seperti menjadi satu tradisi di kampung bila tibanya raya. Semua penduduk berpakat membuat lemang bersama-sama. Sudah tentu suasana begitu meriah sekali kan? Memang diakui, untuk membuat lemang secara tradisional memerlukan waktu dan juga kerajinan yang tinggi. Masyarakat kini yang sibuk dengan tugasan harian sudah pasti hendak membuat lemang secara tradisional amat menyukarkan. Untuk memudakan, kita beli sahaja la. Tapi, buat anda yang ingin mencuba membuat lemang dirumah tetapi dengan teknik yang mudah dan tidak memerlukan buluh lemang, apa kata jom ikuti resipi ini. LEMANG SEGERA TANPA BULUH Bahan-bahan Beras pulut secukupnya Santan bersesuaian dengan kuantiti beras pulut Garam Cara-cara membuatnya 1. Tanak pulut bersama santan asli dan sedikit garam. 2. Matikan api bila santan dah kering. Pulut masih separuh masak. 3. Dapatkan 2 jenis daun pisang, yang pucuk muda dan yang tua. 4. Balut pulut dengan pucuk muda dahulu dalam keadaan daun melintang. 5. Di bahagian luar balut macam biasa seperti kuih lopeh. 6. Kukus 30-40 minit. 7. Bila masak, grill sebentar hingga garing bahagian luar daun. 8. Buang daun balut sebelah luar & tinggalkan bahagian daun muda. 9. Bolehlah potong seperti lemang biasa. p/s: Ramai yang tidak akan perasan lemang ini dibuat tanpa menggunakan buluh. Selamat mencuba! - CARI |
4
Bagus |
9
Marah |
7
Terkejut |
8
Sedih |
9
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT