Seakan biasa dalam masyarakat kita, apabila seseorang mempunyai kuasa, pangkat dan wang ringgit, dia akan mendapat keistimewaan berbanding mereka yang tidak mempunyai apa-apa. Maka yang miskin atau tidak mempunyai apa-apa ini terpaksa berusaha dengan gigih dan redha atas nasib mereka.
Seorang pengguna twitter bernama Daniel Farhan menaikkan satu status sekadar memberi pandangannya sebagai seorang anak muda dan juga rakyat Malaysia. Dia berharap agar nasib anak-anak miskin lebih terbela dan terhapusnya jurang sosio ekonomi antara orang kaya dengan orang miskin. Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan lelaki ini. Netizen juga sedar akan kewujudan jurang antara golongan kaya dengan golongan miskin dalam pemberian hak sebagai rakyat Malaysia. Netizen kesal kerana ramai golongan kaya yang
menggunakan kabel bagi mendapatkan tempat dan biasiswa sedangkan mereka
terlebih mampu. Sekaligus ia telah meragut hak golongan miskin yang
sepatutnya mendapat tempat dan biasiswa tersebut. Tidak dinafikan, ramai golongan yang berkuasa memonopoli segala bentuk bantuan yang sepatutnya diperoleh oleh mereka yang memerlukan. Netizen berharap pihak yang diberi amanah itu memilih mereka yang layak tetapi tidak berkemampuan. Lagipun, yuran dan persediaan bagi memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh juga boleh tahan mahalnya. Golongan miskin dan kurang berkemampuan akan berfikir banyak kali sehingga ada yang terpaksa menolak kerana tidak cukup wang. Apa pendapat kalian? Atau kalian juga pernah berhadapan dengan situasi seperti yang dikatakan oleh lelaki ini? - CARI |
11
Bagus |
35
Marah |
8
Terkejut |
20
Sedih |
8
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
najib888 replied at 7-6-2018 01:55 PM
Benda dah berkurun lama.. org ada duit ada kuasa ni memang ramai macam celaka.. 2009 gigih aku & so ...
cmf_premierleag replied at 9-6-2018 11:52 PM
Tabung Haji HR pun sama jah
Abang aku citer dia g interbiu post senior manager...sokseksoksek dgr ...
haruslah replied at 11-6-2018 03:11 PM
zaman sekarang sume pakai kabel
so tayah nak hencap pemimpin tu rasuah bagai
annehuda replied at 11-6-2018 04:20 PM
jangan samakan semua org mcm tu. selalunye yg pakai kabel ni mmg melingkup kualiti keje die. tak s ...
ADVERTISEMENT