CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menteri Sanggup Elaun Dipotong

6-9-2013 11:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4140| Komen: 36

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

6 September 2013  -JOHOR BAHRU – Cadangan pemotongan elaun minyak kepada menteri, timbalan menteri dan pegawai kerajaan dalam usaha mengurangkan defisit negara disambut baik pemimpin kerajaan.
        
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau bersedia dipotong elaun yang diberikan kepadanya jika langkah itu mampu mengukuhkan keadaan ekonomi negara.
        
“Kalau kita mahu rakyat melihat situasi ini (pengurangan subsidi minyak) dengan berjimat, kita juga sebagai wakil rakyat harus sanggup lakukan perkara sama.
        
“Baik potong elaun saya sekarang kalau itu boleh bantu kukuhkan ekonomi, saya tidak teragak-agak dan sanggup lakukannya,” katanya.
        
Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Perhubungan Umno Negeri yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, semalam.

        
Sinar Harian semalam melaporkan, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyarankan elaun minyak yang diperuntukkan kepada pegawai kerajaan termasuk menteri dan timbalan dipotong bagi mengurangkan masalah defisit negara susulan isu pengurangan subsidi diesel dan petrol.
        
Dalam perkembangan lain, Hishamuddin yang juga pemangku Menteri Pengangkutan, memberi jaminan akan mencari mekanisme bagi memastikan syarikat pengangkutan bas dan lori tidak menaikkan tambang dan kos pengangkutan.
        
“Dari segi pengurangan subsidi saya harap ia akan dapat salurkan manfaat pada orang ramai, saya akan fikirkan supaya syarikat bas dan lori tidak naikkan harga perkhidmatan mereka dengan bantuan dari kerajaan.
        
“Supaya orang ramai yang gunakan bas dan barangan yang dibawa menggunakan lori tidak terbeban akibat kenaikan kos,” katanya.
        
Katanya, pertemuan bersama pengusaha sektor pengangkutan akan diadakan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi selain mengusulkan cadangan mereka supaya dipertimbangkan dalam bajet akan datang.
        
“Kita akan lihat jika ada formula yang boleh dipertimbangkan dalam bajet akan datang namun buat masa ini saya minta mereka yang terlibat jangan lakukan sesuatu yang beremosi.
        
“Jika perkara ini tidak dipolemikkan, saya yakin orang ramai akan faham kerana banyak negara gagal urus ekonomi dengan baik,” katanya.


2

Bagus
7

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurfariezza 6-9-2013 09:58 AM
xkn ptong elaun mnyak je...
elaun menteri xmau ptong skli ke?
Quote xpdckelate 6-9-2013 10:01 AM
potong elaun tang tu,tang lagi kasi tambah skit,elaun projek kasi up skit,opssssss
Quote lizaliza 6-9-2013 10:02 AM
Apa kata potong kerusi sekli...lu kasi letak jwtn la latok.....lu always bikin lawak sama olang....
Wa manyak terhibur seme latok punye...gulauan gilak jinake
Quote kecimpret 6-9-2013 10:03 AM
nak kena tunjal kapla dgn Rafizi baru dorang ni terpikir nak buat


Quote tipuware 6-9-2013 10:04 AM
ahli perlimen pembangkang pun dapat elaun minyak utk gi persidangan kan? mohon itu juga dipotong atau dikurangkan.. even bukan jadi menteri, tapi still elaun sampingan..
Quote namirulmukminin 6-9-2013 10:07 AM
Depan kata potong.... belakang semacam gak baham kad inden kerajaan wat isi minyak.... sapa tau kan... Wayang je lebih Hisham Awww ni...

Pasai nak cover malu Pak Nazri kerandut kuncup tu...
Quote cecari 6-9-2013 10:10 AM
apa kata nazri ?
Quote sarizu 6-9-2013 10:16 AM
Potg la elaun prumhn Jgk...
Kbykn mntri memg dok rumh diaorg Sdri, so elaun prumhn yg 10k+ tu Senang lenang je msuk pocket diaorg
Quote lil_sparky 6-9-2013 10:18 AM
apa komen munteri2 lain?
Quote gaara_X 6-9-2013 10:18 AM
depa nun banyak elaun.....tu yg isi minyak tak de  bising..tak caya ask depa yang dah pencen.....hihkhihkhikk
Quote cak! 6-9-2013 10:22 AM
Quote tongkatwaran75 6-9-2013 10:24 AM
lizaliza posted on 6-9-2013 10:02 AM
Apa kata potong kerusi sekli...lu kasi letak jwtn la latok.....lu always bikin lawak sama olang....
...



ko nie johan ker?
Quote tongkatwaran75 6-9-2013 02:19 PM
tipuware posted on 6-9-2013 10:04 AM
ahli perlimen pembangkang pun dapat elaun minyak utk gi persidangan kan? mohon itu juga dipotong ata ...

potong jer sume tak kira parti...
skrg bkn isu parti...
tapi rakyat...

Quote airfilterkotor 6-9-2013 02:20 PM
Kalau tak usul cadangan ni, meme menteri-menteri ni pakai diam laa khenn...
Quote tongkatwaran75 6-9-2013 02:24 PM
airfilterkotor posted on 6-9-2013 02:20 PM
Kalau tak usul cadangan ni, meme menteri-menteri ni pakai diam laa khenn...


diam bererti redha...
redha kena potong elaun...
Quote sriwanis 6-9-2013 02:27 PM
Elaun minyak...elaun makan,function pun potong skali...lagi afdal potong gaji...
Quote Babai 6-9-2013 02:29 PM
Bootoh la. ni semua gimik je.

Perkara pokok tetap tak selesai. RAKYAT tetap TERBEBAN!!!
Quote airfilterkotor 6-9-2013 02:29 PM
@tongkatwaran75  

Aku ingat awek mana laa tadi dok notice aku.
Rupanya kau Tongkat.
Quote prettyuglybabe 6-9-2013 02:31 PM
potong elaun konon.. belakang lagi banyak dia kaut

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.459983 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top