Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil dan menjadi ahli Parlimen dalam beberapa bulan akan datang, lapor Utusan.
Ketua Umum PKR itu bagaimanapun, menafikan keputusannya adalah bertujuan mengganggu tugas Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya Perdana Menteri boleh menjalankan tugas mentadbir negara de-ngan selesa dan baik. “Saya terfikir juga, keterlaluan bagi sesetengah pihak yang takut saya hendak memberi kejutan atau mengganggu Perdana Menteri. Biar Dr Mahathir bercakap dengan saya sendiri. Setakat ini, kami berdua berbincang dengan baik. “Semalam, dia (Dr Mahathir) bagi akses yang sangat baik. Bila saya hendak telefon, terus dalam beberapa minit, dapat panggilan kembali. Itu adalah dia merupakan seorang Perdana Menteri yang sibuk.
"Saya kena ambil perkiraan itu juga dan Dr Mahathir tahu saya pergi mana-mana jumpa raja atau jumpa rakyat, saya sudah bagi tahu Dr Mahathir. "Kini, saya hendak bagi laluan untuk dia mentadbir tanpa gangguan dan berasa selesa menjalankan tugas dengan baik,” katanya seperti dipetik dari portal The Malaysian Insight. Tambahnya, hasrat untuk menjadi ahli Parlimen adalah perkara biasa dan lumrah dalam dunia politik. Anwar yang sebelum ini memegang jawatan menteri, Timbalan Perdana Menteri sehingga menjadi ketua pembangkang tidak pernah menjadi ahli Parlimen biasa sejak melangkah ke dalam politik negara pada 1982. “Kali ini, saya hendak tempa sejarah pula, hendak jadi ahli Parlimen biasa. Baguslah tu. Saya duduk 10 tahun setengah dalam penjara, kena godam kiri kanan, kemudiannya hendak bercakap sebagai ahli Parlimen biasa pun tak boleh?" ujarnya. - CARI
|
11
Bagus |
12
Marah |
8
Terkejut |
19
Sedih |
8
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pinkpunk replied at 6-6-2018 09:44 AM
apa peranan anwar ni sebenarnya??
pinkpunk replied at 6-6-2018 09:44 AM
apa peranan anwar ni sebenarnya??
scorpionkiki replied at 6-6-2018 10:15 AM
oklah tu...tun pun makin tua sangat...dan kalau jd apa apa kat dia wan azizah rasa tak mampu jd pm.. ...
DARSITA replied at 6-6-2018 10:47 AM
sanggap bukak thread pembangkang ni ..dah ada dah lah!
C1k_J4h replied at 5-6-2018 06:10 PM
aritu kata nak berehat..jumpa kawan2 la..p oversea bagai
skrg u-turn da?
xsabo2 betul
ADVERTISEMENT