Selain artis yang masih 'single', pasangan selebriti juga antara yang menjadi tumpuan peminat dunia hiburan. Ada suami dan isteri yang seperti belangkas tetapi ada juga pasangan yang lebih senang 'low profile', hanya sesekali meletakkan gambar 'sweet-sweet'. Anzalna dan Hanif, sama cantik sama padan, tidak keterlaluan di laman Instagram masing-masing dan menyenangkan mata memandang. Biarpun ramai yang mengatakan pasangan ini 'urban', namun betul juga kata pepatah 'dont judge book by cover' kerana pandangan mata kasar tidak semuanya didedahkan ke pengetahuan umum. Terbaru, Anzalna memuat naik status berkenaan suaminya yang menjadi imam di surau pusat beli belah. Lebih mengejutkan dia tidak mengetahuinya hinggalah ada hamba Allah yang menyampaikannya. Dalam kapsyennya, Anzalna turut mendoakan kebahagiaan buat semua yang membacanya.
Ada yang tidak menyangka yang Anzalna dan suami tidak meninggalkan solat. Maklumlah mereka dilihat 'urban' tetapi sebaliknya pula berlaku. Ramai juga netizen yang meminta Anzalna berhijab bagi melengkapkan lagi gaya hidup muslimah. Walau apapun, nasihat yang terbaik adalah doa kan? Semoga sama-sama mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini. - CARI |
Andyscenes replied at 6-6-2018 11:36 AM
Benda yg baik xyah tunjuk2. Dr pahala jd tak dpt pape sgt rugi.
Andyscenes replied at 6-6-2018 11:36 AM
Benda yg baik xyah tunjuk2. Dr pahala jd tak dpt pape sgt rugi.
Lavender_Violet replied at 6-6-2018 11:56 AM
Bukan Anzalna yg tunjuk..
Peminat yg bgtau & tag dia kat IG
mzzenma replied at 6-6-2018 12:04 PM
What is happening to the world when orang solat pun menjadi something yang mengejutkan
zeitabaei replied at 6-6-2018 12:04 PM
Bkn peminat tag.anzalna screenshot Dan buat posting
Dan ITU suami DIA ,bukannya dia
kiah_mai_pulak replied at 6-6-2018 11:43 AM
Masalah nya bukan tuan punya badan yg bgtau dia jadi imam.. ko ni punnnnn
Lavender_Violet replied at 6-6-2018 11:56 AM
Bukan Anzalna yg tunjuk..
Peminat yg bgtau & tag dia kat IG
Aunty_Acid replied at 6-6-2018 12:03 PM
solat fardu tu memang wajib apa yang hendak dihairankan?
kalau tak solat tu org patut hairan
tutup ...
ADVERTISEMENT