Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos menyelar Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi rakaman suara yang berdurasi dua minit siang tadi.
sumber : Kwong Wah Jit Poh Dalam kenyataan media yang berbentuk rakaman suara itu, Datuk Seri Jamal memaklumkan dirinya masih berada di dalam negara, justeru itu tindakan Tan Sri Muhyiddin menjejakinya dengan bantuan polis interpol adalah usaha yang membuang masa. Tegasnya, apa yang dilakukannya sebelum ini bukanlah perbuatan yang berunsur jenayah yang boleh mengancam keselamatan negara. " Saya memecahkan botol bir dengan tukul besar di depan pejabat SUK Selangor untuk membantah tindakan kerajaan negeri membenarkan Festival Minum Bir diadakan, hukumanannya hanyalah denda wang tunai sebanyak RM400 sahaja."
"Manakala tindakannya mengadakan perhimpunan haram, hukumannya juga hanya denda wang tunai sebanyak RM100 sahaja, maka pihak interpol sebenarnya tak perlu ambil perduli permintaan kerajaan dalam usaha menjejakinya." Tambah Jamal, sebelum ini Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali mengesahkan dia masih berada di dalam negara kerana tidak mempunyai rekod ke luar negara. " Terpulang mereka nak kata saya berada di mana sekali pun, semua itu tidak penting pun. Bagi saya yang paling mustahak adalah saya tidak melanggar undang-undang negara."- CARI |
9
Bagus |
1
Marah |
3
Terkejut |
7
Sedih |
6
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
umbut replied at 5-6-2018 06:53 PM
Jamal ni yg dulu owner sekinchan.ikan bakar tu kan...
ADVERTISEMENT