|
Pembunuhan kejam berhubung kait kegiatan kongsi gelap yang berlaku di stesen minyak di Johor Baharu Disember tahun lalu menarik perhatian seluruh negara, berikutan kejadian tersebut tersebar meluas di media sosial hasil rakaman orang awam.
Setelah setengah tahun melarikan diri, suspek utama yang merancang pembunuhan itu berjaya diberkas polis Thailand hasil pengecaman tatu bergambar wajah 'Jesus' yang terdapat di lengan kanannya. "Kami berjaya mengenalpasti identiti suspek kerana mustahil seorang sami Buddha mempunyai tattoo yang bergambar wajah 'Jesus' di lengannya," kata jurucakap polis. Memetik laporan The Sun Daily, suspek disyaki melarikan diri ke Thailand dan cuba menjalani kehidupan sebagai seorang sami untuk mengelakkan dirinya dijejaki pihak berkuasa.
Dilaporkan penahanan suspek bersama isterinya adalah pada hari Wesak dan ketika itu mereka berdua mereka berdua sedang menjalani istiadat keagamaan di kuil Chaiyaphum. Polis Thailand memaklumkan, setelah menjadi sami Januari lalu, suspek menyembunyikan diri di kuil tersebut bagi mengelakkan dikesan. Selain itu, suspek turut menderma sejumlah wang kepada kuil tersebut. - CARI |
|
13
![]() Bagus |
5
![]() Marah |
8
![]() Terkejut |
7
![]() Sedih |
15
![]() Lawak |
12
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

reenz013 replied at 5-6-2018 12:03 PM
dh bt jahat terus taubat..hehehe

reenz013 replied at 5-6-2018 12:03 PM
dh bt jahat terus taubat..hehehe
...tapi apa2 pun dah kesalahan bunuh org tu kena la dihukujm jugak
ice_sky92 replied at 5-6-2018 12:05 PM
kenapa jadi sami makin gemuk



ADVERTISEMENT