Anggota bomba semalam, menyelamatkan seorang warga emas yang terjun ke dalam perigi sedalam 0.5 meter selepas mendengar 'suara ghaib' mengarahkannya berbuat demikian.
Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di sebuah rumah terbiar di Kampung Lembah Sireh, Kota Bharu. Menurut laporan, Derahim Awang, 67, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Difahamkan, mangsa terjun ke dalam perigi yang terletak 30 meter dari rumahnya itu pada jam 11.30 pagi dan ia disedari keluarganya selepas tidak melihat kelibat mangsa.
Keluarga mangsa kemudian pergi mencarinya di sekitar kampung termasuk ke rumah terbiar dan menuju ke perigi sebelum menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan. Seramai tujuh anggota dikerahkan ke lokasi dan operasi mengeluarkan mangsa mengambil masa kurang 30 minit. “Ketika sampai mangsa yang memakai baju dan berkain pelikat dalam keadaan kesejukan dan pasukan kita menggunakan peralatan khas untuk membawanya keluar,” kata Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Darulnaim Pegawai Bomba Kanan II Tengku Marzuki Tuan Mat. - CARI
|
16
Bagus |
14
Marah |
13
Terkejut |
13
Sedih |
13
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
insulin replied at 5-6-2018 11:38 AM
0.5 meter. Mujur tidak dalam sangat.
kivio replied at 5-6-2018 06:54 PM
Bukan tidak dalam sangat.
Memang tak dalam langsung haha.
Longkang besar pon dah 2 meter.
ADVERTISEMENT