Sudah setahun empat beranak dari Kampung Chegar Bungor, Gua Musang tinggal dalam sebuah kandang kambing yang daif. Lantai kayu yang dahulunya tempat pembuangan najis kambing dijadikan alas tidur disebabkan kemiskinan.
Kosmo Online melaporkan, kandang tersebut terpaksa ditambat pada sebatang pokok bagi mengelakkannya runtuh semasa ribut. Ruslida Kamarazaman, 38, bersama anaknya berusia dua hingga 13 tahun terpaksa tinggal di situ selepas dihalau suami. Tambahnya, dia bernasib baik kerana adik iparnya memberi kebenaran untuk tinggal di situ memandangkan dia tidak mampu untuk menyewa rumah lain.
“Dengan pendapatan RM10 sehari hasil menoreh getah, tidak memungkinkan saya untuk menyewa rumah lain. “Duit itupun tak cukup hingga saya terpaksa berpuasa dan anak pula terpaksa makan nasi berkuahkan kicap. “Anak lelaki berusia 13 tahun tidak mahu bersekolah kerana kemiskinan ini dan dia bekerja dengan mengambil upah mengangkat getah sekerap." Selain tiga anak yang duduk bersamanya, Ruslida mempunyai tiga lagi anak yang bekerja kilang di Johor dan Kuala Lumpur. Seorang lagi tinggal bersama bekas suami dan bekerja di kilang papan. Semapi sekrang, keluarga tersebut tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak lagi. -CARI
|
6
Bagus |
7
Marah |
16
Terkejut |
16
Sedih |
8
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
finesse replied at 4-6-2018 09:39 AM
@famri7
Kasihan tgk rakyat Kelantan..
whitePoison replied at 4-6-2018 06:45 PM
3anak duduk johor dan kl.??langsung tak tolong ke?
adik ipar baik hati sebab sudi tump ...
alieyrina replied at 4-6-2018 06:24 PM
Harap ada org turun ke sini bantu dia..tah2 nak kluar dari situ pun x nampak jln besar..tapi tu la.. ...
ADVERTISEMENT