Sungguh pun Sufian Suhaimi merasai terluka dengan apa yang berlaku sebelum ini, namun dia menyedari hikmah di sebalik apa yang terjadi dalam hidupnya.
Mahligai yang gagal dibina memberi kesedaran kepada Sufian bahawa Tuhan tidak beri apa yang dimahukan namun Dia bagi apa yang kita perlu sebenarnya. “Kalau ikut perancangan tahun ini saya puasa berdua. Beberapa persediaan pun telah dibuat tapi apakan daya kita hanya merancang. Namun banyak hikmah di sebalik percaturan Tuhan ini. “Waktu ini, saya semakin faham yang kadang-kadang Tuhan tak beri yang kita nak tapi Dia bagi yang kita perlu,” katanya kepada Utusan Malaysia. “Alhamdulillah saya tenang dan gembira sekarang. Sokongan peminat dan orang sekeliling yang sentiasa memberikan idea-idea baharu sebenarnya membuatkan saya saya jadi lebih besar. “Syukur, alhamdulillah sehingga sekarang saya menghargai orang sekeliling dan mereka yang dalam industri sebab tidak pernah putus asa dan percaya dengan saya,” katanya. Apa yang dilalui oleh Sufian menjadikan dirinya lebih kuat dan matang dalam kehidupan. Jangan bimbang akan jodoh yang telah ditentukan Tuhan. Berusahalah memperbaiki diri dalam mencari keredhaan-Nya. Apa pun moga Sufian akan jumpa peganti yang boleh menerima baik buruknya suatu hari nanti. Sempena Ramadhan ini banyakkanlah berdoa dan tingkatkan ibadah. - CARI
|
2
Bagus |
2
Marah |
8
Terkejut |
4
Sedih |
7
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT