Seorang lelaki dari Belarus terpaksa menahan sakit akibat bahunya ditembusi dahan pokok selepas paramotor buatannya sendiri hilang kawalan sebelum terhempas dan merempuh sebatang pokok, lapor Mirror.
Ivan Krasouski, 36, bagaimanapun sempat bergurau dengan doktor dengan mengatakan dia adalah 'Groot', watak dari filem adi wira Guardians of the Galaxy. Walaupun berdepan kemalangan ngeri yang menyebabkan sebatang dahan pokok menusuk hingga menembusi bahu kanannya, Krasouski masih sempat merakamkan dirinya di atas katil hospital sambil tertawa dan berjenaka. Menerusi video itu, kedengaran suara Krasouski menyuruh penonton untuk melihat gambar kecederaannya yang mengerikan itu. "Semua orang sudah tahu, doktor telah menyebarkan gambar-gambar itu, jadi tiada apa lagi yang ingin disembunyikan. Tengoklah!" katanya. Sambil berseloroh, Krasouski membandingkan situasinya dengan hukuman pada Zaman Pertengahan. Krasouski tiba di hospital dengan keadaan dahan berkenaan masih terbenam menembusi bahunya. Dia pada mulanya menyangkakan bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu, namun terkejut apabila menyedari sebatang dahan menusuk hingga menembusi bahunya. "Saya meminta pasukan penyelamat untuk mengeluarkan serpihan dahan itu, namun mereka enggan melakukannya di lokasi kejadian kerana khuatir saya akan mengalami pendarahan yang boleh menyebabkan kematian," katanya. - CARI
|
10
Bagus |
4
Marah |
6
Terkejut |
4
Sedih |
7
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tobby replied at 4-6-2018 02:59 PM
Takpe asal najib tombang
ADVERTISEMENT