CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gabung Fakulti Um: Dari 16 Jadi 6. Pmium Buat Bantahan.

6-9-2013 10:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5062| Komen: 28

Universiti Malaya memulakan langkah baru apabila membuat polisi dengan menggabungkan 16 fakulti menjadi 6 fakulti sahaja. Tindakan ini harus dipuji untuk menuntut perubahan secara dinamik yang berlaku di universiti.

Namun tidak semua perubahan itu mempunyai nilai kebaikan yang tersendiri. Kadang kala perubahan itu dilakukan untuk kepentingan tertentu daripada kepentingan bersama. Perlu kita teliti kembali apakah rasionalnya untuk digabungkan fakulti kepada 6 fakulti.

Apakah Universiti Malaya tidak mampu melahirkan mahasiswa yang produktif dalam menyumbang sesuatu kepada negara? Ke manakah hala tuju universiti kita yang sebenar dalam melahirkan ilmuan yang memenuhi pasaran kerja semasa? Atau untuk mengejar ranking ranking dengan cepat dan mengambil model universiti di luar negara sebagai acuan?


Kita perlu akui bahawa keterlibatan di dalam ranking universiti di peringkat dunia adalah sesuatu yang sangat mencabar, demi menjadikan Universiti dikenali dan mempunyai prestij tinggi. Banyak perkara dan perubahan perlu dilakukan sama ada melibatkan pensyarah, pentadbiran, kewangan dan sebagainya. Tetapi impaknya belum dapat dipastikan lagi.

Dalam keadaan sekarang ini, banyak pensyarah asing yang dibawa masuk untuk mengajar, akan tetapi mahasiswa merungut tidak faham dengan pensyarah tersebut. Perkara ini sudah pastinya memberikan kesan buruk ada mahasiswa. Ramai pensyarah yang ditukar apabila dilihat mengganggu dan tidak sealiran dalam idea penggabungan fakulti ini.

Keputusan penggabungan ini adalah keputusan yang telah diputuskan di peringkat Senat universiti dan akan mula dikuatkuasakan. Persoalannya, mengapakah mahasiswa tidak diberikan penerangan mengenai hal ini? Mengapa pentadbiran universiti banyak membuat spekulasi yang dimainkan di akhbar, dengan menafikan isu penggabungan ini akan berlaku.

Di manakah martabat mahasiswa diletakkan apabila keputusan ini dibuat tanpa wakil mahasiswa diajak bincang dan dirunding. Tidak disebut universiti jika tiada mahasiswa dan penuntut ilmu di dalamnya. 

Tindakan ini seolah-olah menghina dan mencabul hak mahasiswa yang diiktiraf di dalam universiti untuk memberikan pandangan dan idea serta meraikan kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan. Mungkinkah bagi mereka, mahasiswa ini hanya robot dan hanya perlu menerima sahaja apa yang diputuskan oleh pihak atasan?

Kepincangan ini berlaku kerana sistem AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) yang masih membelenggu mahasiswa. Walaupun pindaan demi pindaan dibuat namun, ia masih membantutkan pemikiran dan idealism mahasiswa. Halatuju universiti kian bercelaru, tradisi ilmu tercalar dan tercabar akibat dasar yang dilihat tidak demokratik.

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) membantah isu penggabungan ini, selagi belum dibawa bincang dengan mahasiswa dan mendapat faedah yang tepat serta mengambil kira implikasi yang akan di hadapi di masa depan.

PMIUM juga menuntut supaya kajian penggabungan ini dihebahkan kepada umum supaya masyarakat dalam membuat penilaian terhadap polisi baru ini.
MOHAMED BUKHAIRY MOHAMED SOFIAN adalah presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 6-9-2013 09:50 AM
16 jadi 6,meme gabung kaw2 la ni.kalu 16 jadi 12 ke 10 ke cam boleh terima lagi
Quote Acong 6-9-2013 09:53 AM
mungkin ni satu tindakan utk kurangkan kakitangan yg berlebihan?
Quote Cakkkk....aaaa 6-9-2013 09:54 AM
apa alasan sebenarnya ni?
Quote puterikhaleeda 6-9-2013 09:57 AM
Acong posted on 6-9-2013 09:53 AM
mungkin ni satu tindakan utk kurangkan kakitangan yg berlebihan?

aku pun pk cam tu gak.... menteri pun patut kurang kan ...... well gomen.. kene belajar dari UM kekekkeke

Quote Cakkkk....aaaa 6-9-2013 09:59 AM
sorry.... sebenarnya semata2 nak kejar ranking ke apa ni?
Quote Acong 6-9-2013 10:02 AM
puterikhaleeda posted on 6-9-2013 09:57 AM
aku pun pk cam tu gak.... menteri pun patut kurang kan ...... well gomen.. kene belajar dari UM ke ...

ko kena ingat..... menteri kita tu bukannya bijak mana...... depa jadik menteri pun sbb banyak rakyat yg bodo piang.....
Quote R2D2 6-9-2013 10:14 AM
Acong posted on 6-9-2013 10:02 AM
ko kena ingat..... menteri kita tu bukannya bijak mana...... depa jadik menteri pun sbb banyak rak ...

ayat tak boleh tahan...!
Quote puterikhaleeda 6-9-2013 10:18 AM
R2D2 posted on 6-9-2013 10:14 AM
ayat tak boleh tahan...!

hahahahahahah hhahaha

Quote gasing 6-9-2013 10:37 AM
untuk ranking yes.. jimat kewangan dan guna tenaga..

sbnrnya bukan 6.. yg 6 tu just core faculty (5 faculty + 1 acedamy) dan ada bah admin
Quote mikasa 6-9-2013 10:48 AM
adakah ni akibat dari kenaikan bahan api?
Quote R2D2 6-9-2013 11:11 AM
ingatkan nk salahkan Anwar
kalau salah UMNgok kira OK la
standard la tu...
Quote sam_survivor 6-9-2013 11:20 AM
system kat university USA mmg mcm ni..sikit je school dia sbb digabungkan semua faculty. advantagesnya pelajar boleh buat interdisciplinary antara faculty, lecturer pun boleh gak mengajar faculty lain esp yg ada dwi kepakaran, lagi memudahkan urusan pentadbiran contohnya pelajar ada masalah add drop etc boleh jmp office kat school terus, lagi menjimatkan kakitangan sokongan yg byk2 tu kat faculty...
Quote zeed 6-9-2013 12:43 PM
sam_survivor posted on 6-9-2013 11:20 AM
system kat university USA mmg mcm ni..sikit je school dia sbb digabungkan semua faculty. advantagesn ...

i second that.. kat overseas faculty tak byk.. pastu senang add/drop subjek sebab ada subjek department lain yang kita minat, kita boleh amik..
Quote Knowlee 6-9-2013 09:36 PM
sam_survivor posted on 6-9-2013 11:20 AM
system kat university USA mmg mcm ni..sikit je school dia sbb digabungkan semua faculty. advantagesn ...

Then, there are people who talked like they know everything and wrote stupid comments. I agree with you.
Quote ekod79 6-9-2013 09:40 PM
16 dekan jadi 6 je...ada yg bergaduh jawatan nanti...harharhar....takpela...boleh gilir2
Quote GhostWalking 6-9-2013 10:08 PM
Rasanya pun pasal ranking sebab derang dah corot sekarang.Nak lawan dgn USM.pape pun good luck la.Ok je selagi tak kacau sistem pendidikan
Quote tungkai 6-9-2013 10:47 PM
GhostWalking posted on 6-9-2013 10:08 PM
Rasanya pun pasal ranking sebab derang dah corot sekarang.Nak lawan dgn USM.pape pun good luck la.Ok ...

Ranking mana tu?

156 Universiti Malaya (UM) Malaysia 55.62
261 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Malaysia 41.22
326 Universiti Sains Malaysia (USM) Malaysia 35.90
358 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Malaysia 33.65

QS World University Rankings - 2012

Quote GhostWalking 6-9-2013 10:53 PM
tungkai posted on 6-9-2013 10:47 PM
Ranking mana tu?

156 Universiti Malaya (UM) Malaysia 55.62

Aku salah info la neh.Minta maaf yorr
Quote sam_survivor 8-9-2013 08:48 AM
zeed posted on 6-9-2013 12:43 PM
i second that.. kat overseas faculty tak byk.. pastu senang add/drop subjek sebab ada subjek depar ...

yup, dan yg penting karenah birokrasi tak byk sgt levelnta banding dgn system faculty.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.173827 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top