Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa kerana pada waktu inilah kita berpeluang untuk lebih menghayati agama dan Tuhan setelah berbulan-bulan lama mengejar hal dunia.
Tidak ketinggalan Ezlynn juga banyak melibatkan diri dalam program Tadarus Al-Quran bersama keluarga tercinta. Program keagamaan sebegini banyak memberi kesedaran pada dirinya dan mencipta ruang penuh keinsafan. “Syukur kerana pada tahun ini, saya banyak terlibat dengan program Tadarus A=Quran. Hampir setiap malam, saya berkesempatan untuk sertai. Alhamdulillah sekurang-kurangnya ia suatu hal berfaedah dan dapat isi kekosongan daripda melakukan perkara tidak berfaedah. “Daripada lakukan hal sia-sia, lebih baik cari agama. Cintakan Rasul,” katanya pada Media Hiburan.
Penampilannya yang mengenakan hijab juga adalah bagi menghormati bulan yang suci ini dan berharap pintu hatinya akan terbuka untuk terus berhijab seumur hidupnya. “Belum lagi… Insya Alla. Doa-doakan saya amin.” kata Ezlynn yang terlibat dengan drama bersiri 30 Juzuk Cinta yang diarahkan oleh Zul Huzaimy. Kita doakan sama-sama moga puasa ini membawa lembaran baru dalam hidup Ezlynn dan kemurahan rezeki. - CARI |
BookerT: masuk syawal je nanti terus kau jadi mak hayam balik habis segala hijab jilab jaliba junub kau tanggal kan nyah...
ADVERTISEMENT