CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Fakta Tak Konsisten, PH Macam Tempe' - Zahid Hamidi

28-5-2018 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13771| Komen: 140

"Siang cakap lain, petang cakap lain. Macam tempe, pagi masih lagi kacang, 
petang sudah jadi tempe. Esok sudah naik kulat."


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) sentiasa tidak konsisten dalam memberikan fakta, sekali gus menyakannya dengan tempe, lapor MediaUMNO.


Foto: Ig Zahid Hamidi

Tambah Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO itu, hingga kini tiada satu pun janji mereka sebelum menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dilaksanakan.

“Selaku kerajaan baru, sudah pasti mereka akan diperhatikan. Kita lihat contohnya, apabila diisytiharkan mereka menang, kata harga minyak akan turun tetapi kenyataannya sehingga sekarang tidak turun.


“Mereka isytihar GST akan dihapuskan, tetapi tiada barang yang harga turun walaupun GST 0 peratus. Ada 90 barangan yang telah naik harga. 

"Begitu juga kalau kita lihat PTPTN, apabila mereka kata berpendapatan RM4 ribu ke bawah tidak perlu bayar, maka situasi untuk pembiayaan semula melalui PTPTN tidak dapat dilaksanakan.

“Mereka juga mengatakan hutang negara RM1 trilion, tetapi yang jelas hanya RM686.8 billion. Mereka katakan ada pinjaman asing, tetapi sebenarnya domestic debt iaitu pinjaman dalam negara, ertinya tiada pengaliran wang tunai ke luar negara,” ujarnya.

Zahid turut berkata, PH menuduh kerajaan terdahulu membuat pinjaman dalam bentuk US dollar dan yen sedangkan Bank Negara (BNM) membuktikan hanya dua peratus sahaja pinjaman dalam bentuk US dollar dan satu peratus dalam yen.

“Ertinya, pinjaman kita dalam bentuk ringgit. Mereka juga kata Bursa KL akan meningkat, tapi akhirnya merudum jatuh.

“Dulu mereka kata ekonomi berada dalam kekecamukan dan negara hampir bankrup tetapi akhirnya mereka kata ekonomi kukuh," selarnya.

Zahid berkata demikian dalam program berbuka puasa bersama Ketua-ketua Penerangan Bahagian UMNO pada Ahad.


Foto: IG Zahid Hamidi/UMNO Online

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berharap semua Ahli Parlimen BN bersatu menjadi pasukan pembangkang yang efektif di Dewan Rakyat bagi mengekang segala tohmahan tidak benar PH terhadap kerajaan terdahulu. - CARI
29

Bagus
20

Marah
24

Terkejut
35

Sedih
33

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (170 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote delawang 28-5-2018 11:01 AM
Pak jahid undi PH ker..sebuk nk tuntut manefesto lak.. yg undi ler yg boleh tuntut..yg x undi senyap2 ler
Quote Diamje 28-5-2018 11:02 AM
Tggu dulu la bongok. Blum sebulan org tu memerintah. Ko dgn anak ko yg kuat merempan tu sama je. Ko tak suka duduk malaysia..sial keluar dr malaysia!. Tu ayat ko dulu kan? Skrg ko rasakan zahid komedi..
Quote tobby 28-5-2018 11:05 AM
Xpa geng PH. Korang teruskan Kempen Emosi sampai berjaya...  Hehe


Dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam apabila LGE menyatakan yang dia bersetuju dgn kenyataan Najib Razak bahawa Malaysia mempunyai revenue base yg terhad.

Tun memejamkan mata, suasana hening dan hiba, lama .. tak seorang pun berani membuka mulut.

Selepas hampir 7 minit suasana terhenti dan hening, dia membuka mata dan dikelopak mata yang sudah tua dan uzur itu jelas terlihat ada linangan airmata.

LGE berkata, "Tun, selepas pelaksanaan GST 0% pd Jun ini, pendapatan negara akan kembali bergantung terhad kpd hasil minyak. Kalau harga jatuh macam zaman Najib, bawah US$40 per barrel, kita akan merisikokan kewangan negara"

LGE menambah lagi, "Tu kita belum nk hapuskan hutang PTPTN, TOL, subsidikan minyak pd RM1.50 seliter, BR1M, bonus penjawat awam, kenaikan gaji penjawat awam, memperkenalkan semula semua subsidi barangan dan meneruskan elaun sara hidup nelayan, petani, pesawah, penoreh.."

Tun berkata... "Kita silap kira dah. Kita kena buat GST balik. Hampa cari jalan nak habaq kt rakyot"

Dalam tak sedar kami menitiskan air mata, memejamkan mata menahan pilu mengenangkan maki-hamun yg bakal dihadap bila pengundi menagih janji-janji manifesto.

***ini bukan kisah Tun
Quote tapirbiru 28-5-2018 11:10 AM
bila nak siasat akaun jahid komedi ni..katanya berbiliion dlm akaun dgn anak nye si nurul tu.. tender uniform askar dia yg punya deal
Quote lazim 28-5-2018 11:11 AM
bn xnk lantik ketua pembangkang ke. kenyataan drg mcm mewakili diri masing2 je. degn jibby yg dok menjawab kt fb srg2.. xde ahli parti tolong backup pon.
Quote zach2008 28-5-2018 11:17 AM
Atur la umno tu baik2. Perlis tu pun tak settle2 lagik..
Quote sue_0684 28-5-2018 11:23 AM
sibuk jer hal kain orang, kain ko yang koyak tak sedar plak.
Quote nazadiyah 28-5-2018 11:24 AM
WAK JAHID BABI HARAM JADAH
Quote namr 28-5-2018 11:27 AM
Diam la hanat
Quote biskutsusu 28-5-2018 11:28 AM
semua benda boleh berubah dalam sekelip mata ke?
dah kalah pun masih nak cari gaduh lagi
tak malu ke?????
Quote alinone78 28-5-2018 11:32 AM
Amboihhh mulutttt si jawa ni. kalau ye pon suka makan sambal tempe, kait kan la dengan benda lain yang lagi vogue.

Contohnya : PH macam keputusan PRU14, hari ni BN perintah, eh esok PH pula! Lusa pemimpin BN letak jawatan beramai ramai
Quote OmJualGas 28-5-2018 11:36 AM
Dulu bugi sekarang jawo tapi sama haprak,  kecian umono...
Quote kekekek 28-5-2018 11:36 AM
Betula zahid kata tu..apsal ramai yg emo pulak.
Quote Simunggu 28-5-2018 11:50 AM
tapirbiru replied at 28-5-2018 11:10 AM
bila nak siasat akaun jahid komedi ni..katanya berbiliion dlm akaun dgn anak nye si nurul tu.. tende ...

memang betul apa dia cakap...siapa makan cili dia rasa pedas...ini apa ini??? sikit sikit siasat..mcm pembaris betul..
Quote potsshine 28-5-2018 11:54 AM
tempe pon tempe zahid hoiiii…sedap apa tempe…makan byk2 awet muda…jowo murtad la tu..tetiba tak makan tempe ke…LOL

mcm2 tempe boleh buat da…ko je yg tak reti  bahasa hahahhahahahhahha
Quote CikguZara 28-5-2018 11:55 AM
ah kalau BN pegang pun harga barang pun naik
PKR pegang harga barang naik pun aku tak kisah sangat sebab ko (Zahid) pun celupar.
BN kalah sebab Najib songlap duit banyak dan campur ngan menteri menteri bongok mulut celupar dan suka hina rakyat mcm kau lah.

Quote monreyes 28-5-2018 11:55 AM
tobby replied at 28-5-2018 11:05 AM
Xpa geng PH. Korang teruskan Kempen Emosi sampai berjaya...  Hehe

alasan tu...
dah nak terkucil dlm seluar...
camner nak kotakan janji free EPL pulak ni...
aku once dpt free..mmg nak review balik pakej2 astro yg dah ambik ni...
katalah aku dapat penjimatan RM50..kalau sejuta subscribers berpikiran sama...
memang melingkuplah astro...(bff Tun M tu)

Quote laksmanabentan 28-5-2018 11:55 AM
alololo si jawa nih... banyak2 contoh, tempe juga jadi mangsa da...
da darah pun dari seberang kan... berpisah tiada...
Quote tobby 28-5-2018 11:57 AM
monreyes replied at 28-5-2018 11:55 AM
alasan tu...
dah nak terkucil dlm seluar...
camner nak kotakan janji free EPL pulak ni...

Janji bawak bala. Terutama mansuh tol dan subsidi minyak. Bila x mampu tunai cepat2 buat Kempen Emosi.  Hahaha.. Akai madey mudah dibaca..

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.043610 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top