Dah lama rasanya tak masak daging. Apa kata waktu berbuka esok anda hidangkan daging goreng serai untuk keluarga tercinta. Mudah sahaja, jom ikuti langkah-langkah memasak seperti di bawah:
Pertama sekali anda perlu kumpulkan bahan-bahan berikut: Bahan-bahan: 250gm daging batang pinang | rebus dan hiris nipis 1 biji bawang besar| dihiris bulat 3 ulas bawang putih |dicincang 2cm halia | dihiris memanjang 3 batang serai| dihiris serong 1 biji cili merah| dihiris memanjang
½ biji cili benggala | dihiris memanjang Sedikit hirisan lobak merah 1 sudu makan sos tiram 1 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato Garam dan gula secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Cara-Cara: 1.Panaskan minyak. Masukkan hirisan halia, bawang putih dan merah hingga wangi. 2. Masukkan hirisan serai, kacau hingga serai kekuningan. 3. Masukkan pula hirisan daging, kacaul lebih kurang 2-3 minit. 4. Masukkan sos cili, sos tiram, tomato, garam dan gula secukup rasa. 5. Akhir sekali masukkan hirisan lobak merah, cili merah dan cili benggala. 6. Kacau 1-2 minit, angkat dan hidang. Mudah dan cepat kan? Resipi yang cepat seperti ini membolehkan anda masak menu lain sebagai pelengkap juadah berbuka anda. Selamat berbuka! -CARI
|
ADVERTISEMENT