CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rasionalisasi Subsidi Langkah Tepat

6-9-2013 09:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2358| Komen: 14


Di sebalik timbul sedikit tekanan inflasi pada ekonomi negara, kenaikan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing sebanyak 20 sen seliter, pada Selasa, sebenarnya merupakan satu langkah berwawasan jauh.
   
Pengarah Eksekutif Institut Pembangunan Sosio-Ekonomi dan Penyelidikan   (SEDAR) Ivanpal S.Grewal berkata ia adalah langkah paling tepat ke arah menstruktur semula kaedah yang digunakan dalam memberikan subsidi.
   
"Kaedah pemberian subsidi sekarang ini tidak kena pada tempat, tidak cekap dan membazir. Tujuan sebenar pemberian subsidi ini adalah untuk membantu golongan tidak berkemampuan, dan bukan untuk mereka yang membawa Ferrari turut menikmati bahan api yang disubsidi itu.
   
"Apa yang penting adalah pengurusan lebih baik subsidi dan perlu lebih fokus dalam membantu mereka yang memerlukan," kata beliau dalam satu temubual dengan Bernama.
   
Oleh itu, di sebalik menghulurkan subsidi menyeluruh seperti subsidi besar bagi petrol dan gas, kerajaan telah memutuskan untuk beralih secara berperingkat-peringkat kepada pemberian bantuan tunai secara langsung seperti BR1M bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan.
   

Subsidi Tinggi Bagi Warga Malaysia
   

Kerajaan Malaysia memberi subsidi dan mengawal harga pelbagai barangan keperluan seperti minyak masak, petrol, tepung gandum, roti, beras dan yang lain untuk menjamin kos hidup yang rendah.
   
Dengan kenaikan terbaharu harga petrol RON95 adalah RM2.10 seliter sementara harga diesel adalah RM2 seliter. Harga petrol RON97 dinaikkan 15 sen kepada RM2.85 seliter mulai hari ini.   
   
Bagaimanapun, dengan peralihan masa jumlah subsidi semakin meningkat dan subsidi menyeluruh yang tinggi tidak dapat ditampung dalam jangka panjang.
   
Sebagai contoh, pada 2007, kerajaan membelanjakan RM40.1 bilion dalam subsidi untuk mengawal harga. Pada 2009, lebih kurang 22 peratus perbelanjaan kerajaan adalah pada subsidi, dengan subsidi petrol sahaja mewakili 12 peratus daripada jumlah itu.
   
Dan bagi peruntukan subsidi berjumlah RM30 bilion pada tahun ini, subsidi bahan bakar sahaja berjumlah RM24 billion, komponen terbesar dalam peruntukan berkenaan.
   
Berikutan pemberian subsidi ini, rakyat Malaysia tidak begitu terkesan walaupun harga minyak dunia naik mendadak. Tidak seperti rakan mereka di Indonesia yang mengalami dugaan besar apabila harga minyak meningkat 33 peratus sekali gus kira-kira tiga bulan yang lepas.
   
Ahli ekonomi dan institusi ekonomi dunia telah lama mengingatkan Malaysia akan bahaya tanggungan subsidi dalam jumlah besar dan bahawa negara perlu mengkaji semula pendekatannya dalam membantu rakyat.
      

Perlu Ada Cara Lebih Berkesan Dalam Membantu

        
Oleh itu, satu daripada alternatif adalah untuk mengguna pakai kaedah bantuan tunai berterusan, mirip kepada kaedah yang dilaksanakan di Singapura, Hong Kong, Macau dan juga Brazil, yang terkenal dengan "Bolsa Samilia", dan Mexico pula dengan keadah "Oppurtunidades".
   
"Bolsa Samilia" merupakan satu program yang cuba menangani kemiskinan dalam jangka pendek melalui pemberian tunai dan memerangi kemiskinan jangka panjang dengan meningkatkan sumber manusia di kalangan golongan miskin menerusi pemberian tunai bersyarat.
   
"Oppurtunidades" disasarkan pada pembasmian kemiskinan melalui pemberian tunai kepada keluarga-keluarga kerana menghadiri sekolah, mengunjungi klinik kesihatan serta menerima bantuan zat pemakanan.
   
"Di Singapura, bantuan tunai seumpamanya dikenali sebagai Skim Bantuan Awam (Public Assistance Scheme) kerana kerajaan republik itu tidak menyediakan subsidi untuk memastikan harga rendah bagi barangan keperluan dan khidmat," kata Ivanpal.
   
Kira-kira 2.1 juta warga Singapura menerima manfaat daripada skim ini dengan mereka berpendapatan $24,000 (RM60,877) atau kurang setiap tahun dan mereka yang tinggal di rumah-rumah dengan nilai sewa tahunan sebanyak $20,000 (RM50,730) atau kurang menerima tunai $100 (RM253) atau $250 (RM634) setiap bulan.
   

Akan Ambil Masa
   
Bantuan tunai lain yang dihulurkan oleh kerajaan Singapura termasuk   Medisave 'top-up' yang meliputi 85 peratus daripada warga Singapura berusia 65 tahun dan ke atas serta rebat utiliti bagi lebih kurang 800,000 isirumah Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB).
   
"Bagaimanapun, kita tidak dapat melakukannya semalaman. Sebagai contoh, pengurangan drastik pada subsidi bahan bakar semasa akan membawa impak besar pada penduduk, dengan kos kehidupan melambung kerana harga barangan dan khidmat meningkat dengan ketara. Ingat apa yang berlaku pada 2007, apabila harga minyak naik mendadak sebanyak 80 sen seliter selepas harga minyak dunia mencatatkan satu rekod baru?
   
"Oleh sebab itu semasa kita menstruktur semula subsidi bahan bakar itu, jumlah tunai yang diberikan melalui BR1M juga akan dilaraskan dan ditingkatkan secara berperingkat sehingga ia mencapai RM1,200 daripada angka RM500 sekarang ini," tambah beliau.  - Bernama

1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
7

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asher 5-9-2013 03:07 PM
cakap la apa pun..kalo brg dah naik meroyan gak rakyat..
Quote melia_star 5-9-2013 03:10 PM
yaalohh...subsidi pd Rakyat = Bebanan ekonomi....Bailout kroni = Anjakan Ekonomi = Palat....
Quote salimghazal 5-9-2013 03:13 PM
Apa yang pasti, harga minyak naik, harga barang jugak naik.. dan bila harga minyak turun, harga barang yg dulunya naik tetap kekal.
Quote kenarikelabu 5-9-2013 03:24 PM
kencing je la selagi boleh....selagi memerintah.
Quote kluangman 5-9-2013 09:45 PM
Tumpang tanya Ferrari compatible ke dgn RON95?
Kalau kata Campry ke BMW ke ok la.
Quote Muntz 5-9-2013 09:48 PM
Kalau aku jadi gomen, lepaskan jer semua subsidi. Tapi pastikan lebihan pendapatan tu digunakan utk tujuan yg bagus dan telus.
Quote batmana 5-9-2013 09:52 PM
rasionalisasikn..

masa mlm berita minyak naik harga, ayat ni pembaca berita pun smpai berapa kali tersasul nk sebut..
punyela berkias2 ayat , nk elak ckp minyak naik konon..

Quote DTECCONAN 5-9-2013 10:01 PM
aku tak kisah kalau subsidi dihapuskan dan diberikan bantuan betul2 kepada golongan sasar yg betul2 layak

tetapi kalau dengan UMNO ni jangan harap la, depa membazirkan duit rakyat dulu, lepas tu baki baru bg dekat rakyat
Quote d-7-0ne 5-9-2013 10:09 PM
subsidi membazir?

rasuah lagi membazir...
beli barang markup price lagi membazir....

lancaulah............celaka la  kamu yang menyusahkan rakyat!!!
Quote soebyuk 5-9-2013 10:23 PM
artikel panjang sangat ..... bagi ayat mudah paham dah lah. rasionalisasi subsidi tu apa maksudnya ....
Quote brownstone 5-9-2013 10:29 PM
Subsidi gas dan minyak utk IPP bakar jadi letrik melebihi kapasiti x membazir?? X nak rasionalisasi??

Hipokrit tahap melampau
Quote Bedah.Cun 5-9-2013 10:51 PM
Gaji elaun menteri2 yang tak perlu tu kau potongkan sekali dengan potong subsidi bagai. Ni kau cakap banyak pun tak guna kalau gaji2 kau semua tak potong. Potong gaji kau jadi baru kau betul2 nampak ikhlas nak kurangkan beban kerajaan. Kerajaan bayar gaji menteri2 tu pun membebankan. Nape kau takleh bagi servis kat negara sebagai pengorbanan walaupun kau jadi menteri? Kau pun manusia gak kan macam rakyat biasa bawah2 ni? Cuba kau umumkan potong gaji semua jemaah menteri dan tunjuk slip gaji kau kat dalam surat khabar. Bedah rase kau layak dikuburkan kat Masjid Negara lepas kau mati nanti kalau kau buat macam tu. Cube lah, Bedah takkan bagi kau dana lagi untuk pilihanraya lima tahun lagi. Kau pakai je la gaji kau berkempen sendiri
Quote harisbee 5-9-2013 11:21 PM
memang langkah tepat utk mengayakan rosmah dan kroni2....tanam water melon yg x laku dipasaran pun dpt derma 500K ok
Quote harisbee 5-9-2013 11:21 PM
eh silap rock melon....rock melon tu mahal hokeh...sesuai ke tanam kat malaysia pokok ni....rosmah tanam kat ner eh??? london new york?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.037861 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top